Join us on Facebook

Please wait..10
Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Anugerah Blogger Prihatin 2013




TARIKH PELANCARAN
4 April 2013



DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD REDZUAN BIN SAIB
PERDANA LEADER FELLOWSHIP
(KETUA PROJEK)


 1.1       Rumusan
Anugerah Blogger Prihatin 2013 merupakan sebuah program yang direncanakan bagi tujuan mendedahkan generasi Y kepada kumpulan minoriti  seperti pusat jagaan orang tua, rumah  anak yatim dan pusat jagaan orang kelainan upaya (OKU) di komuniti mereka. Projek ini merupakan inisiatif Harian Metro sebagai media yang mendekati generasi Y secara holistik serta tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik. Untuk melahirkan generasi Y yang mempunyai modal insan yang sempurna untuk masa depan, kebolehan untuk mentafsir dan menilai kepayahan dan kesengsaraan sesuatu komuniti itu amat penting. Melihat generasi Y yang sering dikaitkan dengan generasi net dan aktif berblogging untuk menyampaikan sesuatu yang dianggap penting tercetuslah idea “Anugerah Blogger Prihatin 2013”.

1.2       Konsep Penyertaan
 Konsep yang diguna pakai ialah program ini terbuka kepada semua blogger Malaysia yang berumur di antara 18-31 tahun sahaja. Setiap blogger diwajibkan untuk menghasilkan karya/entri mengenai golongan tersebut di tempat mereka dan perlu menepati kriteria yang ditetapkan sebagai contoh nama tempat, ulasan tidak kurang 120 patah perkataan sahaja, kekurangan/masalah yang dihadapi, peralatan apa yang diperlukan, bilangan penghuni rumah berkenaan, dan alamat pusat jagaan serta no.telefon pemilik sebagai rujukan untuk memastikan maklumat yang dinyatakan betul.
Harian Metro akan memilih 3 pemenang terbaik yang menepati kriteria yang telah dimaklumkan akan menerima wang tunai , sijil dan trofi , komuniti yang terpilih akan menerima sumbangan daripada syarikat syarikat yang meberikan tajaan.

2.0              OBJEKTIF PROGRAM
2.1              Untuk menerapkan nilai perikemanusiaan dalam Gen Y
2.2              Membantu golongan minoriti dengan kaedah berbeza


3.0              TARIKH
3.1 Pelancaran Anugerah Blogger Prihatin 2013 secara online
Tarikh              :           4 April  2013

3.2 Penerimaan Penyertaan Anugerah Blogger Prihatin 2013 secara online.
Tarikh              :           5 April 2013(Jumaat) – 30 April 2013(Selasa)

4.3 Pemilihan Pemenang Anugerah Blogger Prihatin 2013
Tarikh              :           1 Mei 2013(Rabu) - 10 Mei 2013(Jumaat)

3.4 Majlis Penyampaian Anugerah Blogger Prihatin 2013
Tarikh              :           15 Mei 2013

5.0              HADIAH (PEMENANG)
5.1       Hadiah Pertama = Sijil + Trofi + Wang Tunai     RM 500                                                
5.2        Hadiah Kedua   = Sijil + Trofi + Wang Tunai     RM 300
5.3        Hadiah Ketiga   = Sijil + Trofi + Wang Tunai     RM 200

6.0 LAMPIRAN

6.1 Terma dan Syarat

1.      Terbuka kepada semua blogger dan warganegara Malaysia berumur antara 18-31 tahun.
2.      Penyertaan daripada warga kerja NSTP akan terbatal secara automatik.
3.      Hasil karya perlulah ORIGINAL/ASLI
4.      Karya seharusnya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat
5.      Peserta boleh menggunakan blog sedia
6.      Penggunaan bahasa yang betul akan menjadi satu kelebihan dalam penyertaan.
7.      Link entri perlu dihantar kepada perdanaleaderfellowship01@gmail.com , sertakan nama, alamat, no telefon dan umur anda.
8.      Penyertaan mulai dibuka pada 5 April 2013
9.      Tarikh tutup penyertaan adalah 30 April  2013
10.  Pemilihan pemenang akan bermula daripada 1 Mei 2013 sehingga 10 Mei 2013
11.  Seorang blogger satu penyertaan sahaja
12.  3 orang pemenang akan dipilih melalui kriteria ditetapkan
13.  Pemenang akan diumumkan pada 15 Mei 2013
14.  Sebarang terma dan syarat yang tidak dipatuhi boleh menyebabkan penyertaan tersingkir dari pertandingan
15.  Pihak penganjur berhak menukar mana mana hadiah dengan nilai yang sama.
16.  Keputusan akhir adalah muktamad dan bantahan tidak akan dilayan




6.2 Apa yang perlu ada dalam entri/karya/post

1.      Karya mestilah asli/original
2.      Tidak menyentuh sensitiviti masyarakat
3.      Nama pusat jagaan OKU/Anak Yatim/Warga Emas
4.      No tel. dan nama pengurus pusat jagaan
5.      Bantuan yang diperlukan dan masalah yang dihadapi
6.      Penggunaan bahasa yang betul dan ejaan penuh menjadi satu kelebihan
7.      Sertakan cadangan pertolongan / jenis bantuan yang anda telah lakukan sebagai ahli komuniti untuk membantu pusat jagaan tersebut.
8.      Gambar yang  menarik
9.      Pengolahan cerita melebihi 120 patah perkataan



DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD REDZUAN BIN SAIB
PERDANA LEADER FELLOWSHIP
        013-7573269






Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.
0 Komen La Bro!
Komen La Bro!
Komen La Bro!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...