Join us on Facebook

Please wait..10
Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Buruh Mengaku Cederakan Adik Tiri

Buruh mengaku cederakan adik tiri
KOTA BAHARU - Seorang buruh berdepan hukuman penjara atau denda atau sebat selepas mengaku salah mencederakan adik tirinya dengan topi keledar, minggu lalu.

Pengakuan bersalah itu dibuat oleh tertuduh, Zakaria Hamat, 36, terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nik Habri Mohamad.

Mahkamah menetapkan 7 Mei depan untuk laporan perubatan mangsa sebelum hukuman dijatuhkan.

Ketika ditanya Nik Habri, Zakaria mengaku mencederakan mangsa kerana didakwa mengganggu isterinya.

Mengikut pertuduhan, Zakaria didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Sakina Wahid, 21, dengan menggunakan topi keledar di sebuah kedai makan, Jalan Besar Tumpat, Tumpat di sini pada jam 5.45 petang, 7 April 2013.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa, Inspektor Siti Mariah Dahari menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Zakaria yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan jaminan minimum.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.



Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.
0 Komen La Bro!
Komen La Bro!
Komen La Bro!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...