Join us on Facebook

Please wait..10
Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Kerajaan Pusat Tidak Kosisten



























Hussamuddin bersalam dengan Hadi. Bersama mereka (dari kanan) Jalil Ali, Nasir Hamzah, Abdullah Ahmad dan Norden Mohamed.

SHAH ALAM – Kerajaan Pusat tidak konsisten mengamalkan konsep demokrasi yang sebenar hingga sanggup menafikan hak sebenar Kerajaan Negeri Kelantan dalam soal pembayaran royalti minyak, kata kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Apabila Kelantan dapat minyak, bermacam-macam alasan mereka (BN) berikan supaya royalti itu tidak perlu diberikan.

“... semasa Terengganu diperintah Pas, mereka panggil wang ihsan, bila BN ambil semula Terengganu, mereka boleh pula beri royalti secukupnya, jangan buat kerana berdasarkan fahaman politik, mereka perlu lakukannya ikut konsep federalime,” katanya.

Hadi menjawab pertanyaan hadirin Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk "Kerajaan Berkebajikan: Persepsi dan Realiti" di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Menurut Hadi, sepatutnya isu royalti tidak timbul susulan Akta Petroleum 1974 telah dirangka dengan mensyaratkan mana-mana negeri pengeluar sumber asli itu berhak menerima bayaran lima peratus itu, namun kerajaan menyerahkan soal itu kepada
Petronas untuk menjelaskan kedudukan sebenar dari sudut perlembagaan dan perundangannya.

“Kelantan seolah-olah sudah terpisah dari Semenanjung Malaysia hingga tak layak dapat bayaran itu, jika pengiktirafan itu tak diberikan boleh jadi kawasan minyak di darat itu sekarang dah jadi milik Thailand.

“... jika keadaan itu berlaku siapa yang rugi? Sebab itu kerajaan kena berbalik kepada semangat federalisme iaitu mana-mana negeri yang menjumpai minyak, ia perlu diserahkan kepada kerajaan pusat dan royaltinya perlu diberikan kepada negeri yang berhak,” tegasnya.

Tambah beliau, isu tuntutan bayaran royalti minyak itu timbul apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia walaupun pada waktu itu Terengganu sudah menjumpai telaga minyaknya sendiri.

“Semua Menteri Besar ketika itu datang dan menandatangani perjanjian itu walaupun negeri-negeri lain tidak ada minyak, malah Kedah yang terkenal dengan minyak gamat pun turun tandatangan,” katanya. - http://www.sinarharian.com.my Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.
0 Komen La Bro!
Komen La Bro!
Komen La Bro!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...