Join us on Facebook

Please wait..10
Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Mahasiswa Sekarang Tidak Berterima Kasih & Bersyukur Kepada Kerajaan.


Mahathir Pendidikan Percuma
Hanya di Malaysia. Segala pemberian yang diberikan kerajaan Malaysia harus diucapkan jutaan terima kasih dan paling penting mestilah taat setia dan terus menyokong kerajaan yang ada sekarang ini iaitu kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional. Mahasiswa tidak dibenarkan untuk mengkritik apatah lagi mengundi selain daripada parti Barisan Nasional, jikalau tidak…

Jikalau tidak, anda akan digelar sebagai….pengkhianat dan mahasiswa yang tidak tahu mengenang budi.

Seperti biasa, Tun Dr. Mahathir semakin aktif dan ligat menyampaikan amanat dan pandangannya lebih-lebih lagi menjelang penat. Baru-baru Tun Dr Mahathir ada menyampai beberapa nasihat kepada kalangan mahasiswa di Malaysia yang dilihat “mahukan perubahan”. Ini bunyi nasihat Tun Mahathir :

Sikap tamak dan terlalu selesa dengan kemakmuran negara membuatkan mahasiswa sekarang tidak berterima kasih kepada kerajaan atas kemudahan yang diberikan
Tun Mahathir bimbang pembangkang mempengaruhi mahasiswa melakukan perkara negatif untuk menentang kerajaan
Mahasiswa di zamannya (dahulu) pandai berterima kasih kepada kerajaan, tetapi mahasiswa sekarang terlalu selesa dan melihat usaha kerajaan adalah perkara biasa sahaja
Mahasiswa sekarang lebih tamak untuk mendapat lebih daripada apa yang kerajaan berikan sehingga menuntut pendidikan percuma di Malaysia
Kerajaan Malaysia sekarang tidak boleh berikan pendidikan percuma semata-mata mahu pastikan kewangan negara diuruskan dengan baik.
Bagi kami terpulang kepada mahasiswa untuk memilih mana parti yang menjadi pilihan  mereka. Itu sebablah adanya sistem pilihanraya di Malaysia. Kadang-kadang pemahaman & maklumat mengenai isu semasa Malaysia (KLIK SINI), situasi persekitaran mahasiswa itu sendiri, permasalahan yang dialami mahasiswa, rakan-rakan disekeliling mahasiswa dan idelogi mahasiswa itu sendiri berbeza-beza. Itu sebablah kita akan menerima undi yang berbeza daripada kalangan mahasiswa.

Apa pilihan mahasiswa baik kepada Barisan Nasional ataupun kepada Pakatan Rakyat, itu hak mereka kerana ia bukannya satu pelanggaran undang-undang di Malaysia. Bersalahkah mahasiswa jika menongkah arus? Ada yang 2 perbezaan tamak di sini :

Kumpulan mahasiswa dilihat tamak menuntut mendapat lebih kemudahan berbanding yang dinikmati kalangan mahasiswa sekarang
Satu kumpulan lagi, dilihat tamak membolot kontrak-kontrak lumayan tanpa melalui tender terbuka, menyeleweng duit rakyat dan mengangap duit negara adalah hak milik mutlak sendiri.
Apa respon balas kalangan mahasiswa dan mood anak-anak anda yang bergelar mahasiswa mengenai situasi politik yang berlaku sekarang ini? Benarkah mahasiswa sekarang sangat tamak?

Bagi Admin Tidak Sepatutnya Sebagai Seorang Bekas P.M Mengeluarkan Statement Macam ni.
Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.
0 Komen La Bro!
Komen La Bro!
Komen La Bro!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...