Join us on Facebook

Please wait..10
Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Nunez Peledak Baru Johor DT


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendapat khidmat pemain import baharu dari Argentina bagi memantapkan bahagian serangan pasukan yang mendapat jolokan Harimau Selatan itu.

Berita gembira itu diumumkan Timbalan Presiden PBNJ, Datuk Obet Tawil pada majlis memperkenalkan pemain baharu Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin, Johor semalam.

Leonel Jorge Nunez, 29, yang beraksi dengan Argentinos Juniors di Argentina, bermain di posisi serangan.

Beliau menggantikan bintang import dari Sepanyol, Daniel Guiza yang ditamatkan kontrak lebih awal oleh Johor DT.

Pemain yang berasal dari Buenos Aires ini yang pernah menyarung jersi pasukan Olympiacos, Independiente dan Bursaspor akan mula beraksi bersama Johor DT pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA menentang Selangor esok.

Selain Nunez, Andre Francisco Wiliam Rocha Da Silva, 27, yang sebelum ini bermain untuk pasukan Johor FA turut melengkapkan kuota pemain import skuad kendalian Fandi Ahmad itu.

Nunez ketika ditemui berkata, keputusannya untuk menyertai pasukan Johor DT dicapai selepas meneliti perancangan masa depan Harimau Selatan yang kini sedang melalui gelombang perubahan dalam misi memburu kejayaan pada saingan Liga Malaysia.

“Saya juga melihat bahawa pasukan ini sebuah pasukan yang profesional dengan pentadbiran tersusun, fasiliti stadium yang setaraf dengan kelab-kelab Eropah dan juga para penyokong yang memenuhi stadium pada setiap perlawanan untuk menaikkan semangat pemain, saya akan cuba memberi persembahan terbaik,” katanya.

Tegas Nunez, beliau tidak mahu dibayangi dengan kehandalan Guiza kerana matlamat utamanya ialah menemui keserasian bersama para pemain lain, sekali gus mahu membantu pasukan baharunya bergelar juara.

Bagi Da Silva pula, beliau menyatakan komitmennya untuk mempamerkan kualiti permainan yang cemerlang setelah diberi peluang menyertai sebuah pasukan bertaraf bintang.

Pemain yang berasal dari Brazil ini menggantikan Simone Del Nero yang gagal menunjukkan aksi memberangsangkan ekoran berdepan masalah kecederaan musim ini.

Pada majlis sama, Obet turut memperkenalkan tiga muka baharu yang sebelum ini bermain dengan Johor FA iaitu Mohd. Farid Ramli, 26, Muhammad Nazri Ahmad, 23, dan Jasazrin Jamaludin, 27.

Ketiga-tiga pemain berkenaan telah pun beraksi pada perlawanan terakhir Johor DT di Terengganu Jumaat lalu.

“Bagi pihak Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada Nunez dan semua pemain, dan berharap mereka dapat membantu mempertingkatkan mutu persembahan pasukan dengan harapan dapat menjulang satu piala pada musim ini.

“Pihak pentadbiran juga akan sentiasa membantu pasukan untuk menjadikan pasukan Johor DT sebagai salah satu pasukan yang digeruni di Malaysia dan luar negara,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya dan Ketua Pegawai Pemasaran Southern Tigers, Faruk Fadzil.





Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.
0 Komen La Bro!
Komen La Bro!
Komen La Bro!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...