Join us on Facebook

Please wait..10
Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Peragut Gagal Larikan Diri Bermandi Darah

video3


Ngeri! Peragut Gagal Larikan Diri Bermandi Darah (Video) | Malang menimpa kepada seorang peragut apabila dirinya melakukan cubaan meragut gagal.kes ini telah berlaku di kawasan Seremban 2. Peragut dikatakan cuba meragut seorang lelaki selepas dilihat keluar daripada bank. Ekoran daripada kejadian ragut itu, lelaki tersebut lantas ditangkap oleh orang di sekeliling yang melihat kejadian tersebut. Tidak cukup itu lagi, akibat geram orang ramai terhadap golongan peragut ini, dia telah dibelasah dan dilihat bermandi darah.

Seorang peragut dibelasah teruk oleh orang awam setelah cubaanya untuk meragut seorang lelaki gagal.
Video yang dimuat naik di Youtube siang tadi memperlihatkan peragut itu berada dalam keadaan berlumuran darah.

Menerangkan kejadian yang berlaku oleh pihak yang memuat naik video berkenaan, peragut tersebut dikatakan cuba untuk meragut seorang lelaki India yang baru sahaja keluar dari sebuah bank.
Tindakannya bukan sekadar meragut, tetapi juga dia telah menetak mangsanya di bahagian muka.
Namun dia kemudiannya berjaya ditahan orang awam.

Mereka yang marah dengan perbuatannya itu bertindak membelasahnya sehingga dia pula berlumuran darah.
Kejadian dipercayai berlaku di Maybank, Seremban 2 kira-kira jam 3 petang tadi.
Melihat pada video yang dimuat naik, pihak polis telah menahan peragut tersebut dan parang yang digunakan untuk menetak mangsa juga telah dirampas.

Melihat kepada klip kejadian seperti itu, anda dinasihatkan untuk berhati-hati terutamanya ketika berada di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi seperti bank.






Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.
0 Komen La Bro!
Komen La Bro!
Komen La Bro!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...