Join us on Facebook

Please wait..10
Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Ikan Tanpa Hemoglobin Ditemui Di Jepun



Seekor ikan yang hidup di kawasan Lautan Antartik yang sejuk didapati tidak mempunyai hemoglobin, kata beberapa penyelidik.
Hemoglobin merupakan protein yang terdapat pada haiwan-haiwan bertulang dan menjadikan darah berwarna merah. Ia juga merupakan agen yang membawa oksigen di sekitar badan.

Dua ekor ikan itu dipamerkan di dalam akuarium di Tokyo Sea Life Park.

"Kami mempunyai ikan jantan dan betina yang telah bertelur pada Januari lalu," kata seorang pakar pendidikan di Tokyo Sea Life Park, Satoshi Tada.

Ikan ais tersebut dipamerkan selepas pihak akuarium itu mengetahui bahawa kapal-kapal nelayan syarikat Nippon Suisan Kaisha Ltd., berjaya menangkap ikan tersebut hidup-hidup pada tahun 2011.

"Kami meminta pihak Nippon Suisan untuk bekerjasama bagi membawa ikan tersebut ke Jepun," kata seorang kakitangan di akuarium itu, Naoaki Kawahara.

Beberapa penyelidik percaya ikan itu boleh hidup tanpa hemoglobin kerana ia mempunyai jantung yang besar dan menggunakan plasma darah untuk menyebarkan oksigen ke seluruh badannya. Kulit ikan itu juga mampu menyerap oksigen.

Ikan tersebut ditemui di dalam Lautan Antartik pada kedalaman sehingga satu kilometer. - kosmo
Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.
0 Komen La Bro!
Komen La Bro!
Komen La Bro!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...