Join us on Facebook

Please wait..10
Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Nokia Menjual Ibu Pejabat Di Espoo



1. Rumah Nokia atau Nokia House di Espoo (sebut Es-poh) Finland, yang menempatkan pejabat-pejabat penting serta pusat kajian dan pembangunan Nokia, akan dijual kepada Exillion, sebuah firma hartanah terkemuka di Finland dengan harga 170 juta Euro (bersamaan RM678.5 juta).

2. Langkah ini diambil sebagai satu cara untuk mendapatkan kecairan tunai untuk Nokia melaksanakan pelbagai strategi yang diperlukan untuk mengukuhkan kembali kedudukan kewangannya.

3. Encik Timo Ihamuotila, Ketua Pegawai Kewangan Nokia mengulas bahawa perkara ini adalah amat perlu untuk memastikan Nokia tidak menanggung beban kewangan yang tidak diperlukan dalam bisnes yang bukan menjadi intipati syarikat tersebut.

4. Setelah dijual, Nokia akan beroperasi dengan menyewa Nokia House dengan jumlah yang masih tidak diketahui.

5. Perkara ini bukanlah sesuatu yang asing dalam industri, banyak syarikat yang beroperasi dengan menyewa pejabat. Sebagai sebuah syarikat global yang memiliki aset dan operasi besar di serata dunia, Nokia memerlukan langkah strategik untuk memastikan ibupejabatnya di Finland terus beroperasi serta terus relevan. - http://nokiaku.my
Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.
0 Komen La Bro!
Komen La Bro!
Komen La Bro!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...