Join us on Facebook

Please wait..10
Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Islam Di Timor Leste


slide1
Satu-satunya mesjid di bandar utama Dili (Gambar 1: Masjid Annur)

Malang Dunia Islam kerana hampir lupa pada 1% umat Islam yang berada di Timor Leste. Bahkan dunia seumpama tidak pernah peduli bahawa Perdana Menteri T imor Leste pada 1999 adalah seorang Muslim – Dr. Mari Altakiri. Suatu sejarah yang menarik tetapi hilang dalam lipatan masa.
Di daerah utama Timor Leste – Dili -, umat Islam akan mengerjakan solat Jumaat di satu-satunya masjid yang ada – Mesjid An-nur. Mesjid ini diasaskan pada tahun 1956 dan menjadi pusat perkembangan dakwah di Timor Leste. Ia menempatkan “Centro da Comunidade Islamica da Timor Leste (Cincistil) dan Yayasan Masjid Annur.
CINCISTIL berperanan seumpama jabatan agama Islam yang terdapat di Malaysia. Ia mempunyai hubungan terus dengan pemerintah, dan mengurus hal ehwal perkahwinan.
Lain pula dengan Yayasan Mesjid Annur. Ia adalah sebuah badan bebas yang merupakan pentadbir kepada Masjid Annur, Sekolah Annur, Panti Asuhan Annur, Sekolah Baucau (daerah lain) dan Panti Asuhan Baucau.
slide3
Panti Asuhan Annur

Selain itu, ia juga menganjurkan kelas Diniah iaitu kelas agama untuk anak-anak Islam selepas waktu Asar sehingga Maghrib. Antara solat Maghrib dan Isya’ pula, kelas agama untuk orang dewasa diadakan.
Lantikan imam dan pendakwah yang dihantar ke daerah-daerah lain dijalankan oleh Yayasan ini.
Institusi dibawah Yaysan ini bergantung terutamanya kepada sumber kewangan hasil derma orang ramai. Selain itu, anak-anak dikenakan bayaran 1.50USD bagi sesi persekolah selama sebulan.
Sekolah Annur terbahagi kepada sekolah dasar, junior dan senior. Guru-guru dan anak-anak muridnya ada yang beragama Islam dan beragama Kristian Katholik.
p5022145-300x225
Sekolah Annur

Sistem kurikulum sekolah-sekolah ini menggunakan sistem kerajaan Timor Leste. Guru-guru pula diberi gaji mengikut jam, dengan gaji berbeza-beza antara 50 hingga 200 USD sebulan. Perbelanjaan menggaji guru adalah antara beban tertinggi di Yayasan ini. Bagi semua sekolah, jumlah guru adalah seramai 42 orang.
Selain itu, terdapat seramai108 anak-anak yatim yang ditempatkan di Panti Asuhan Annur dan 25 orang di Pantai Asuhan Baucau.
Alhamdulillah, takdir Allah s.w.t menentukan jalinan Ukhuwwah Islamiyyah terjalin antara penulis dengan pak J Angelo Saifullah bin Angelo J (Pak Saifullah) setelah menikmati juadah tengahari di gerai makan beliau. Zaujahnya, ibu Norhayati yang berasal dari Indonesia merupakan rakan sepengajian di sebuah pasentren di Indonesia seketika dahulu.
p5022144-225x300
Pak Saifullah dan Pak Anuar

Pak Saifullah adalah merupakan Bendahara kepada Panti Asuhan Annur. Ketika di Indonesia, beliau pernah menjadi pimpinan kepada parti P3, sebuah parti Islam di zaman Suharto.
Beliau cukup menjaga kepercayaan yang diberikan kepada beliau. Pernah beliau menolak bantuan kerajaan Timor Leste sebanyak USD 2000 hanya kerana pihak pentadbir meminta laporan kewangan yang palsu, diberikan semasa pembayaran duit tersebut dilakukan. Menurutnya ini adalah suatu pemula kepada korupsi. Tugasnya sebagai bendahara tidaklah dibayar. Hidup beliau bergantung dari hasil jualan restoran yang diusahakan sendiri, bahkan semua menu dimasaknya sendiri. Melihat keadaan restoran yang uzur, sudah cukup membayangkan kesusahan hidup beliau.
Beliau memperkenalkan penulis dengan seorang lagi aktivis – En Anuar da Costa Jose, Setiausaha merangkap Bendahara 2 Yayasan Masjid Annur. Seperti pak Saifullah, En Anuar juga memegang jawatan tersebut tanpa bayaran dan bergantung hidup sebagai peruncit di luar kawasan Masjid Annur.
Saya sempat bertanyakan bentuk bantuan yang dibutuhkan oleh Yayasan Masjid Annur. Menurut Pak Anuar, mereka berharap suatu majlis berkhatan untuk anak-anak yatim dan mualaf seramai lebih kurang 60 orang dapat dilaksanakan. Kali terakhir majlis seperti itu dijalankan adalah pada 2005 dengan penyertaan 60 orang selama 3 hari.
Selain daripada itu, memandangkan pelajar-pelajar dari sini hanya mampu sekadar menghabiskan pembelajaran ke peringkat sekolah tinggi, beliau juga berharap ada badan dapat memberi biasiswa kepada anak-anak di sini bagi mengikuti pelajaran di universiti.
Menurutnya, pada bulan Febuari yang lalu, beliau telah menghantar permohonan bagi beberapa orang pelajar di sini bagi mengikuti pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa. Namun, sehingga kini masih belum ada jawapan.
Kehidupan disini amat susah. Pernah suatu ketika penulis terserempak dengan seorang anak perempuan yang mandi menggunakan air longkang. Bahkan, kangkung di biarkan bercambah dilongkang untuk dijadikan makanan.
Sekiranya ada anak-anak meminta upah mencuci kereta anda di sini, mereka akan mencuci kereta anda dengan air longkang. Jalan-jalan yang rosak tidak dibaiki kembali kerana tiada peruntukan.
Supermarket bergantung keuntungan jualan daripada kunjungan orang asing yang kebanyakan bekerja dengan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu. Malangnya, kedai-kedai besar ini tidaklah dimiliki oleh orang tempatan. Maka, wang hasil keuntungan oleh tauke-tauke ini, tidaklah dibelanjakan disini. Apatah lagi, urusan kewangan seharian di sini menggunakan Dolar Amerika Syarikat. Sering orang awam menyatakan kerisauan keruntuhan ekonomi di sini setelah PBB berundur pada 2012 nanti.
Sesungguhnya, mereka disini sedaya upaya menghidupkan Islam walaupun hidup mereka merana. Mereka menghargai keimanan yang dikurniakan Allah. Mungkin di lubuk hati mereka mengharapkan kekayaan rahim Allah diakhirat kelak, biar di dunia fana ini mereka papa.



http://papisma.org/index/?p=274
Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.
0 Komen La Bro!
Komen La Bro!
Komen La Bro!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...