Join us on Facebook

Please wait..10
Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Showing posts with label ARTIKEL TERBAIK. Show all posts
Showing posts with label ARTIKEL TERBAIK. Show all posts

Islam Di Timor Leste


slide1
Satu-satunya mesjid di bandar utama Dili (Gambar 1: Masjid Annur)

Malang Dunia Islam kerana hampir lupa pada 1% umat Islam yang berada di Timor Leste. Bahkan dunia seumpama tidak pernah peduli bahawa Perdana Menteri T imor Leste pada 1999 adalah seorang Muslim – Dr. Mari Altakiri. Suatu sejarah yang menarik tetapi hilang dalam lipatan masa.
Di daerah utama Timor Leste – Dili -, umat Islam akan mengerjakan solat Jumaat di satu-satunya masjid yang ada – Mesjid An-nur. Mesjid ini diasaskan pada tahun 1956 dan menjadi pusat perkembangan dakwah di Timor Leste. Ia menempatkan “Centro da Comunidade Islamica da Timor Leste (Cincistil) dan Yayasan Masjid Annur.
CINCISTIL berperanan seumpama jabatan agama Islam yang terdapat di Malaysia. Ia mempunyai hubungan terus dengan pemerintah, dan mengurus hal ehwal perkahwinan.
Lain pula dengan Yayasan Mesjid Annur. Ia adalah sebuah badan bebas yang merupakan pentadbir kepada Masjid Annur, Sekolah Annur, Panti Asuhan Annur, Sekolah Baucau (daerah lain) dan Panti Asuhan Baucau.
slide3
Panti Asuhan Annur

Selain itu, ia juga menganjurkan kelas Diniah iaitu kelas agama untuk anak-anak Islam selepas waktu Asar sehingga Maghrib. Antara solat Maghrib dan Isya’ pula, kelas agama untuk orang dewasa diadakan.
Lantikan imam dan pendakwah yang dihantar ke daerah-daerah lain dijalankan oleh Yayasan ini.
Institusi dibawah Yaysan ini bergantung terutamanya kepada sumber kewangan hasil derma orang ramai. Selain itu, anak-anak dikenakan bayaran 1.50USD bagi sesi persekolah selama sebulan.
Sekolah Annur terbahagi kepada sekolah dasar, junior dan senior. Guru-guru dan anak-anak muridnya ada yang beragama Islam dan beragama Kristian Katholik.
p5022145-300x225
Sekolah Annur

Sistem kurikulum sekolah-sekolah ini menggunakan sistem kerajaan Timor Leste. Guru-guru pula diberi gaji mengikut jam, dengan gaji berbeza-beza antara 50 hingga 200 USD sebulan. Perbelanjaan menggaji guru adalah antara beban tertinggi di Yayasan ini. Bagi semua sekolah, jumlah guru adalah seramai 42 orang.
Selain itu, terdapat seramai108 anak-anak yatim yang ditempatkan di Panti Asuhan Annur dan 25 orang di Pantai Asuhan Baucau.
Alhamdulillah, takdir Allah s.w.t menentukan jalinan Ukhuwwah Islamiyyah terjalin antara penulis dengan pak J Angelo Saifullah bin Angelo J (Pak Saifullah) setelah menikmati juadah tengahari di gerai makan beliau. Zaujahnya, ibu Norhayati yang berasal dari Indonesia merupakan rakan sepengajian di sebuah pasentren di Indonesia seketika dahulu.
p5022144-225x300
Pak Saifullah dan Pak Anuar

Pak Saifullah adalah merupakan Bendahara kepada Panti Asuhan Annur. Ketika di Indonesia, beliau pernah menjadi pimpinan kepada parti P3, sebuah parti Islam di zaman Suharto.
Beliau cukup menjaga kepercayaan yang diberikan kepada beliau. Pernah beliau menolak bantuan kerajaan Timor Leste sebanyak USD 2000 hanya kerana pihak pentadbir meminta laporan kewangan yang palsu, diberikan semasa pembayaran duit tersebut dilakukan. Menurutnya ini adalah suatu pemula kepada korupsi. Tugasnya sebagai bendahara tidaklah dibayar. Hidup beliau bergantung dari hasil jualan restoran yang diusahakan sendiri, bahkan semua menu dimasaknya sendiri. Melihat keadaan restoran yang uzur, sudah cukup membayangkan kesusahan hidup beliau.
Beliau memperkenalkan penulis dengan seorang lagi aktivis – En Anuar da Costa Jose, Setiausaha merangkap Bendahara 2 Yayasan Masjid Annur. Seperti pak Saifullah, En Anuar juga memegang jawatan tersebut tanpa bayaran dan bergantung hidup sebagai peruncit di luar kawasan Masjid Annur.
Saya sempat bertanyakan bentuk bantuan yang dibutuhkan oleh Yayasan Masjid Annur. Menurut Pak Anuar, mereka berharap suatu majlis berkhatan untuk anak-anak yatim dan mualaf seramai lebih kurang 60 orang dapat dilaksanakan. Kali terakhir majlis seperti itu dijalankan adalah pada 2005 dengan penyertaan 60 orang selama 3 hari.
Selain daripada itu, memandangkan pelajar-pelajar dari sini hanya mampu sekadar menghabiskan pembelajaran ke peringkat sekolah tinggi, beliau juga berharap ada badan dapat memberi biasiswa kepada anak-anak di sini bagi mengikuti pelajaran di universiti.
Menurutnya, pada bulan Febuari yang lalu, beliau telah menghantar permohonan bagi beberapa orang pelajar di sini bagi mengikuti pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa. Namun, sehingga kini masih belum ada jawapan.
Kehidupan disini amat susah. Pernah suatu ketika penulis terserempak dengan seorang anak perempuan yang mandi menggunakan air longkang. Bahkan, kangkung di biarkan bercambah dilongkang untuk dijadikan makanan.
Sekiranya ada anak-anak meminta upah mencuci kereta anda di sini, mereka akan mencuci kereta anda dengan air longkang. Jalan-jalan yang rosak tidak dibaiki kembali kerana tiada peruntukan.
Supermarket bergantung keuntungan jualan daripada kunjungan orang asing yang kebanyakan bekerja dengan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu. Malangnya, kedai-kedai besar ini tidaklah dimiliki oleh orang tempatan. Maka, wang hasil keuntungan oleh tauke-tauke ini, tidaklah dibelanjakan disini. Apatah lagi, urusan kewangan seharian di sini menggunakan Dolar Amerika Syarikat. Sering orang awam menyatakan kerisauan keruntuhan ekonomi di sini setelah PBB berundur pada 2012 nanti.
Sesungguhnya, mereka disini sedaya upaya menghidupkan Islam walaupun hidup mereka merana. Mereka menghargai keimanan yang dikurniakan Allah. Mungkin di lubuk hati mereka mengharapkan kekayaan rahim Allah diakhirat kelak, biar di dunia fana ini mereka papa.



http://papisma.org/index/?p=274
Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.

Simbol Illuminati Pada Bank Negara Malaysia



Ada simbol illuminati pada not kertas ringgit Malaysia? Subhanallah..betul kah? sebenarnya saya pun baru tahu juga perkara ini dari seorang sahabat , disebabkan perkara ini memang menarik perhatian maka saya mengambil keputusan untuk menyiasatnya dengan lebih lanjut.

Pertama sekali, jom kita check simbol ini pada ringgit kita,
Apa yang saya tandakan dengan dakwat merah itu adalah gambar seekor kijang. Tetapi betulkah itu seekor kijang?

Sebenarnya, lebih tepat lagi, simbol ini adalah sebenarnya milik Bank Negara Malaysia

Ok, apa yang peliknya tentang lambang kijang ini kan? Cuba anda perhatikan, adakah ia benar – benar melambangkan kijang?
Perkara yang aneh disini adalah kerana ciri fizikal Kijang adalah berekor PENDEK!, manakala simbol  haiwan diatas adalah berekor panjang..
Sebenarnya haiwan diatas adalah simbol seekor anjing..!





Dalam logo tersebut itu pula terdapat simbol matahari dan bulan.

Untuk makluman semua,bulan dan matahari merupakan sembahan masyarakat pada zaman dahulu, ataupun lebih dikenali masyarakat yang menganut agama pagan(menyembah alam).  Masyarakat Mesir Purba telah dicatatkan menyembah matahari sebagai tuhan yang dikenali sebagai Amon-Re (Tuhan Matahari bermata satu). Catatan ini sering ditemui melalui ukiran pada makam Firaun dan Pyramid

Manakala anjing itu pula kelihatan sperti PharaohDog/Pharaoh Hound yang merupakan lambang kepada Mesir Kuno. Lambang anjing pada masyarakat mesir kuno juga melambangkan Dewa Anubis. Lambang ini sememangnya salah satu simbol identiti bagi pergerakan Freemason.

Adakah satu kebetulan atau sesuatu yang memang telah ditetapkan?


Saya periksa laman web BNM. Bank Negara tertubuh di bawah Ordinan Bank Negara Malaya 1958. Saya pun rasa Bank Negara bawah Kerajaan. Dia tulis situ, Bank Negara Malaysia ialah sebuah bank pusat/induk untuk Malaysia. Tapi dekat laman web BNM tak ada pulak tunjukkan Carta Organisasi. Tak ada pun tunjuk bawah Kerajaan ke Kementerian mana ke. Jadi siapa sebenarnya pemilik Bank Negara?

Bank Negara ni GLC ke? Syarikat berkaitan kerajaan ke? Antara tugas Bank Negara dinyatakan di situ, menasihat Kerajaan dan mempengaruhi suasana kredit negara. Mengapa dia yang menasihat Kerajaan? Mesti handal orangnya.

discover punya discover, saya telah terbaca satu artikel

Pada tahun 1958, siapa cerdik pandai Malaysia yang layak menasihat Kerajaan dalam suasana baru Merdeka? Jadi saya pun periksa siapa Gabenor pertama Bank Negara? Ok, Tan Sri W H Wilcock.

Saya tak hairan lah tentang ini, memang ramai bekas Penjajah kita yang masih membantu kita semasa kita baru lepas merdeka.

Cumanya persoalan saya, Bank Negara Malaysia ini di bawah siapa? Masih belum terjawab dari Laman Web Bank Negara sendiri. Bank Negara Malaysia punya 2 pejabat di luar negara, 1 di US dan 1 lagi di UK. Saya juga pernah terbaca tentang satu artikel tentang kaitan satu pergerakan dengan bank negara malaysia.


http://khairilz.net/category/artikel-terbaik/
Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.

Sebuah Negeri Termiskin dengan 22 Orang Sultan


Tajuk di atas ada iras-iras cerita "Alibaba dengan 40 orang penyamun", tetapi ceritanya adalah berlainan. Apa pun, jika Rodinood Julaspi merupakan Sultan Sulu & North Borneo, maka saya pun ingin menceritakan rahsia yang sudah lama terpendam ini.

kemaskini terakhir: 13 Mac 2013 

"Sebenarnya beta merupakan Sultan Arimi dari Kerajaan Antartika dan Kutub Utara. Keturunan beta merupakan raja agung yang memerintah empayar benua Antartika selama 10 abad sebelum ia hanyut ke kutub selatan dari kutub utara. 

Sultan Arimi
Sultan Negara Antartik Dar-El Salj.

Satu-satunya bukti yang beta ada ialah lakaran fotostet peta dari muzium Tokapi di Turki, peninggalan Piri [laksamana] Reis yang dihukum bunuh pada tahun 1570 dulu".

Ramainya Sultan!

22 orang sultan dan malangnya tiada satupun kerajaan di dunia yang bernama "Kesultanan Sulu dan North Borneo". Tolong cari di peta dunia dan sila semak senarai keahlian negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tiada. Tiada kerajaan Sulu di dunia. Apalagi yang namanya Kerajaan Sulu dan North Borneo.

Tiada kerajaan bermaksud tiada kedaulatan (sovereignty).

Tiada kedaulatan bermaksud tidak boleh membuat tuntutan kedaulatan (sovereignty claim) ke atas mana-mana wilayah walaupun sebesar habuk di dalam dunia ini. Termasuklah juga lautan Atlantik, lautan Pasifik, gurun Kalahari, gurun Taklamakan, gurun Sahara dan wilayah yang manusia lain tak hingin serta wilayah yang jin ifrit pun tak selesa hendak tinggal.

Apa lagi Sabah. Tidak layak.

Jika anda terus juga menuntut walaupun telah mengetahui diri sendiri tidak layak berbuat demikian, maka satu-satunya orang yang mengiktiraf dan melayan tuntutan berkenaan adalah diri anda sendiri. "Negara" ciptaan anda hanya akan menjadi salah satu dari beribu-ribu micronation di dunia ini. Sesiapa pun boleh mencipta micronation mereka sendiri sebagai suatu fantasi. Tetapi ia akan hanya diiktiraf oleh diri si pencipta selain dari dibuai oleh angan-angan yang tiada kesudahan. Orang lain tidak tahu menahu pun.

Ramai sungguh Sultan.

Kalau ikut tradisi di Malaysia, setiap tahun akan dibuat perayaan bagi menyambut harijadi raja-raja. Urusan di sini senang kerana hanya orang raja bagi setiap negeri. Tetapi bagi "Kesultanan Sulu dan North Borneo" ada dua puluh dua orang sultan tersenarai sebagai ketua kerajaan:

1. Sultan Muhammad Fuad Abdulla Kiram - anak kepada Muhammad Esmail E. Kiram.




2. Sultan Mudarasulail Kiram @Datu Paijal

Rakyat Malaysia
Merupakan rakyat Malaysia yang menetap di Melaka / Johor dan membesar di kawasan penempatan pelarian Kinarut. Dilihat begitu obses dengan 'kesultanan Sulu' siap dengan membuat balairong segala di kediamannya sendiri di semenanjung Malaysia.


3. Sultan Jamalul Kiram III . Sebelum ini dikenali sebagai "
Sultan Jamalul Dalus Kiram"~ anak kepada Datu Pujungan. Tidak perasan bagaimana nama baginda ini bertukar. Pernah belajar undang-undang, dan menjadi calon senator dalam pilihanraya umum Filipina pada 2007, tapi tewas. 






Sekarang menjadi sultan sulu yang paling popular kerana segerombolan 100++  militia miliknya menceroboh wilayah Malaysia di Lahad Datu. Amat menghairankan bagaimana baginda tiba-tiba mempunyai pasukan "Angkatan Tentera Diraja" kerana di dalam masa yang sama dia mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan paling miskin di dunia. Maksudnya, dengan pengakuan begitu dia tentu lebih miskin dari Sultan #21 iaitu Sultan Butch Kiram.

4. Sultan Bantilan Esmail Kiram II. Dulu baginda dikenali sebagai SultanEsmail Dalus Kiram., tidak dipastikan bagaimana baginda sekarang memakai nama Bantilan. Merupakan adik beradik Sultan Jamalul Kiram III. Pernah menjadi calon pilihanraya ahli lembaga daerah pada 1992, juga tewas. Beberapa tahun lepas beliau pernah membuat sidang akhbar di sebuah restoran di bandar Lahad Datu menegaskan tentang kesultanannya.

Sultan Bantilan Esmail Kiram II


5. Sultan Aghbimuddin Dalus Kiram. Dia dikenali juga sebagai Azziemuddie di Filipina dan kini memakai gelaran 'Raja Mudah'. Adik beradik Sultan Jamalul Dalus Kiram. Ketiga-tiga mereka menaiki takhta menjadi sultan ikut suka masing-masing. Sekarang (2013) masih berada di Malaysia kerana menguruskan tuntutan ke atas Sabah bersama 100 orang tentera. 

6. Sultan Rodinood Julaspi Kiram. Sultan yang paling aktif di facebook. Beliau mendakwa pernah bekerja di Yayasan Sabah, merupakan pemegang pasport Filipina. Sultan Fuad (Sultan #1) mendakwa bahawa Rodinood adalah cucu kepada Hadjirul gembala kuda di kandang kuda diraja.

Sultan Rodinood

Saya telah mengingatkan melalui laman facebook jika pakai kain samping, lurutkan sedikit ke bawah. Baginda murka lalu me"remove" saya dari "friend" facebook baginda. Tetapi nampaknya satu akaun facebook utama baginda sedang "gering" sekarang.












7. Sultan Kudar Julaspi Kiram. Adik beradik Sultan Rodinood yang didakwa oleh Sultan Esmail (Sultan #4) telah menipu seorang pesara sebanyak USD50,000 di Australia.

8. Sultan Sharif Ibrahim Pulalun. Ketua (Sharif) Sultan Sulu. Mengikut Sultan Fuad (Sultan #1), dia bekerja sebagai penjaja di pasar dan hampir-hampir buta huruf. Bersekongkol dengan seorang rakyat Amerika bernama Stan C. Brandenburg untuk menuntut harta Sultan Sulu di luar negara.

Sultan Sharif Ibrahim Pulalun
 9. Sultan Dignim Pulalun. Anak kepada Sultan Ibrahim Pulalun, masing-masing menjadi sultan.



10. Sultan Agung Dr. Ibrahim Bahjin. Konon beliau merupakan keturunan Sultan Shakir ul lah (1816 - 1823), mendakwa dirinya sebagai Sultan Agung Sulu (Paramount Sultan of Sulu).



Sultan Dr. Ibrahim Shakirullah II
Juga disokong sebanyak dua kali oleh Stan C. Brandenburg setelah kerjasamanya dengan Sultan Ibrahim Pulalun dalam cubaan menuntut harta sultan di bank-bank Amerika termasuk di Well Fargo bank yang kononnya berjumlah US47.5 billion menemui kegagalan.

11. Sultan Aliuddin Haddis Pabila @ Adinda. Keturunan tidak dapat dipastikan.

12. Sultan Aydal Aliuddin. Konon pernah ditangkap dan dipenjarakan di Brunei kerana menyamar sebagai sultan Sulu.

13. Sultan Muhd. Yahcub Alimuddin V. Keturunan tidak dapat dipastikan, tetapi beliau merupakan rakyat Indonesia.

14. Sultan Haji Muhd. Al Sagov Van Eldik - Rakyat Belanda. Merupakan adik beradik angkat Rodinood dan Kudar Julaspi.

15. Sultan Akijal Attih. Sarjan Polis. Keturunan tidak dapat dipastikan. Yang penting dia pun sultan jugalah.

16. Sultan Demetria Omar Kiram. Sebuah hotel di Zamboanga sedang mencari beliau kerana gagal menjelaskan sewa hotel.

17. Sultan Muedzul-lail T. Kiram. Pendekan 'T' adalah merujuk kepada Tan, berdarah bangsawan Sulu. Juga pernah bersekongkol dengan Stan C. Brandenburg. Adik beradik kepada kepada sultan #2.


18. Sultan Juan T. Dela Cruz. Kononnya dicari ramai orang kerana menipu.

19. Sultan Alfonso Sagun Bautista @ Alawi Mohammad Karim @ Alawi Jurkarnain Azam Kiram.

20. Sultan Abdullah Azam Atalad. Pernah berusaha mendapatkan pengiktirafan dari Kongress Amerika Syarikat walaupun tidak dilayan.

21. Sultan Muidzul Lail @ Butch Kiram.Anak saudara kepada Esmail Kiram.





22. Sultan Mohammad Aidal M. Ali-Uddin. Ditabalkan sebagai Sultan Tawi-Tawi pada 5 Mei 2000 di Bongao, Tawi-Tawi Filipina. Entah kenapa dia kemudian berkembang menjadi Sultan Sulu, kabarnya ditangkap dan ditahan di pusat pelarian di Sabah.




Sultan MohammadAidal M.Ali-Uddin
Maksudnya, dua puluh dua perayaan harijadi yang perlu disambut setiap tahun oleh rakyat Sulu dan North Borneo. Secara purata untuk sepuluh bulan kami akan merayakan dua harijadi sebulan, manakala untuk dua bulan yang selebihnya satu majlis harijadi setiap bulan. Jika dicongak-congak, besar juga belanja kerajaan untuk menguruskan perayaan rasmi harijadi tahunan. Ini belum lagi termasuk perbelanjaan rasmi untuk dua puluh dua orang sultan ...

Banyaknya wang Sultan Sulu di seberang laut!

Kononnya harta Sultan Sulu dianggarkan berjumlah USD45 billion di Amerika Syarikat.

Banyaknya.

US45 billion.

Jadi janganlah tuanku tuanku semua menjadi kelam kabut. Bak kata orang one step at a time, please. Mengikut harga tukaran semasa, kalau ditukar US45 billion itu kepada matawang peso jumlahnya lebih kurang akan menjadi P1,988,550,000,000.00 (1.9 trilion peso). Mak ooii... wang bertimbun-timbun. Get yourself organized first and then, tuntutlah wang berkenaan. Apabila telah berjaya kelak, tubuhkanlah kelab ekslusif sultan-sultan sulu supaya semua 22 orang tuanku-tuanku boleh bersemayam ikut suka, pada bila-bila masa, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Ini merupakan kenyataan terbuka saya kepada semua baginda sultan,

Janganlah menuntut negeri termiskin di Malaysia

Tuanku semua harus mempunyai senarai keutamaan di dalam mengurus negara. Tuntutan ke atas 2 trilion peso itu jauh lebih penting dari wang bayaran cession tahunan RM5,300 (P74,335.25). Tuanku tuanku harus menunggu sebanyak 26,751,104 kali pembayaran, yakni 27 juta tahun barulah jumlah wang cession yang diterima sama jumlah dengan harta sultan sulu yang sedia ada di seberang laut.

Buat apa lagi hendak menuntut Sabah. Bayaran cession tahunan pun cuma RM5,300 sahaja. Jika dibahagikan 22 orang sultan seorang cuma dapat RM240.90. Lebih kurang RM20 sebulan manalah tuanku tuanku cukup belanja.

Selain itu untuk pengetahuan semua tuanku, Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia akibat dijarah oleh Barisan Nasional.

Andailah tuanku semua telah berjaya mendapat wang sebanyak 2 trilion peso itu dan kemudian berjaya pula menuntut Sabah, ini umpamanya samalah seperti mendukung biawak hidup. Alamatlah semua wang tuanku-tuanku akan habis begitu saja kerana dibelanjakan untuk membangunkan negeri termiskin ini.

Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...