Join us on Facebook

Please wait..10
Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Nokia Mengumumkan Lumia620



1. Hari ini memang hari yang sibuk dan penuh dengan berita yang melibatkan Nokia  Dan dengan tidak disangka-sangka, berita ni pulak masuk… Boom!

2. Dalam persidangan Le Web 2012 yang berlangsung di Paris sebentar tadi, Encik Marko Ahtisaari selaku Ketua Bahagian Rekabentuk Nokia, telah mengumumkan Lumia 620 dengan rasminya sewaktu beliau berucap di hadapan hadirin.

3. Secara ringkas, berikut adalah spesifikasi Lumia 620 :
- Sistem Operasi Windows Phone 8
- Skrin sentuh LCD bersaiz 3.8 inci yang memiliki paparan 480×800 (WVGA) berteknologi ClearBlack Display
- Dijanakuasakan oleh pemproses Snapdragon S4 Dwi-Teras 1GHz
- Kamera utama (belakang) 5 megapiksel dengan lampunyala LED
- Kamera kedua (hadapan) VGA
- RAM 512MB
- Slot simpanan kad microSD.
- Storan dalaman 8GB
- NFC
- Bateri berkapasiti 1300mAH
- Sarung boleh ditukar (changeable covers)
- Berat 127 g



4. Nokia menekankan satu teknologi baru yang digunakan dalam membangunkan dan merekabentuk Lumia 620 iaitu “dual-shot colour technique” yang memberikan warna seakan-akan timbul serta tampak hidup.

5. Lumia 620 akan dipasarkan dalam sekitar harga RM760 (USD249) apabila mula dijual kelak pada bulan Januari 2013. Ia akan mula diperkenalkan di pasaran Asia, kemudian Eropah, serta Asia Tengah sebelum ke kawasan lain.

6. Pelbagai warna akan diperkenalkan. Iaitu “lime green, orange, magenta, yellow, cyan, white and black”.



7. Dengan Lumia 620, Nokia terus menepati janjinya untuk memperkenalkan telefon pintar berasaskan sistem operasi Windows Phone 8 untuk pelbagai lapisan masyarakat. Lumia 920 untuk mereka yang inginkan spesifikasi tinggi, Lumia 820 untuk mereka yang sederhana, dan Lumia 620 untuk mereka yang tidak termasuk dalam dua golongan diatas

8. Dengan Lumia 620 ini juga, kelihatan Nokia cuba untuk mengasingkan dan membezakan rekabentuk peranti terbarunya daripada peranti lama. Lumia 620 tidak lagi menggunakan rekabentuk “Fabula” yang terdapat pada Lumia 800, 900, dan 920.



9. Pilihan warna yang pelbagai pasti akan menarik mata sesiapa yang melihatnya.

10. Apa pendapat anda mengenai Lumia 620? Ia kelihatan seperti sebuah telefon pintar Windows Phone 8 yang harganya berpatutan tetapi memiliki fungsi dan rekabentuk menawan. Betul tak? - http://nokiaku.my
Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.
0 Komen La Bro!
Komen La Bro!
Komen La Bro!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...