Pelbagai pengeluar memfokuskan kepada peranti yang kalis air dan debu, terutamanya pihak Sony. Nampaknya, Samsung tidak ingin ketinggalan dalam arena tersebut, dimana kini ia dilaporkan mereka akan hadir dengan salah satu versi Galaxy S4 yang membawakan rekaan kalis air dan debu tidak lama lagi.
Peranti ini dikatakan dikenali sebagai Galaxy S4 Active buat masa ini. Rekabentuk semasa Galaxy S4 dikatakan akan dikekalkan, dan dijangka akan diperkenalkan sekitar bulan Julai kelak.
Apa pun, ia tidak diketahui lagi sama ada peranti tersebut akan diperkenalkan ke semua negara atau akan hanya diterhadkan untuk beberapa buah negara sahaja.
Selain daripada itu, menurut WSJ juga, pihak Samsung turut akan memperkenalkan Galaxy S4 Mini sekitar bulan Julai yang mana dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 4.3-inci. Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.
Setelah Sony Malaysia dan HTC Malaysia memperkenalkan peranti Android utama untuk tahun 2013 ini, iaitu Xperia Z dan juga HTC One, kini pihak Samsung Malaysia juga turut hadir dengan peranti utama mereka untuk tahun 2013, iaitu Samsung Galaxy S4.
Samsung Galaxy S4 merupakan telefon pintar yang menjalankan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean. Namun, mungkin ramai yang tidak perasan akan perubahan pada sistem operasinya, memandangkan pihak Samsung seperti biasa menyertakan antaramuka TouchWiz pada peranti tersebut. Namun, salah satu perkara yang perlu dipuji oleh pihak Samsung adalah dimana mereka menyertakan pelbagai fungsi baru pada peranti tersebut, mendahului pelbagai peranti lain di pasaran.
Rekabentuk
Dari segi rekabentuk, Samsung Galaxy S4 tidak membawakan perbezaan yang jauh dengan peranti Galaxy S3 mereka sebelum ini. Galaxy S4, walaupun dikatakan ramai ia menggunakan bahan binaan berasaskan plastik, namun apabila ia dipegang, amat selesa ditangan, serta tidak begitu berat dan kelihatan janggal di atas tangan seperti beberapa peranti lain.
Paparan gambar pada peranti ini juga amat jelas, apatah lagi dengan semua sedia maklum kemampuan Samsung dalam membangunkan skrin mereka. Samsung Galaxy S4 membawakain skrin bersaiz bersaiz 5-inci (4.99-inci) dengan resolusi HD penuh.
Jikalau dibandingkan dengan peranti Samsung Galaxy S3 yang diperkenalkan sebelum ini, selain rekaan bezzel yang lebih nipis, ia juga turut membawakan beberapa perubahan, seperti kedudukan flash, dan juga kedudukan speaker pada bahagian kerangka belakang peranti berkenaan.
Samsung Galaxy S4 juga merupakan antara peranti yang masih membolehkan pengguna untuk membuka kerangka-belakang dan membuka bateri, serta menyediakan slot mikro-SD dan juga kad-SIM pada ia.
Fungsi Dan Aplikasi Tambahan
Berbanding kepada rekabentuk, Samsung kelihatan memberikan fokus yang lebih kepada bahagian aplikasi dan fungsi-fungsi yang disertakan pada Samsung Galaxy S4 ini.
AirView disertakan pada Galaxy S4, membolehkan pengguna untuk melihat sesuatu kandungan seperti pada Flipboard, emel, dan juga galleri tanpa perlu membuka sesuatu perkara, dan hanya menunjukkan jari ke atasnya untuk seketika. Bagi mereka yang menggunakan Samsung Galaxy Note 2 mungkin biasa dengan fungsi ini, tetapi menariknya pada Galaxy S4 ini tiada sebarang S-Pen diperlukan, tetapi ia berfungsi dengan hanya menggunakan jari sahaja.
AirGesture turut sama disertakan pada peranti ini, membolehkan pengguna untuk mengawal peranti tanpa perlu menyentuh peranti ini. Fungsi ini hanya disokong pada beberapa aplikasi seperti pelayar web dan juga bahagian galeri. Untuk memberikan idea penggunaannya, pengguna hanya perlu gerakan tangan sama ada ke kiri dan ke kanan ataupun dari atas ke bawah, serta sebaliknya.
SmartStay terus diberikan penambah-baikkan dalam mengesan mata pengguna, serta Samsung turut sama menyertakan sokongan yang dinamakan sebagai SmartPause yang mana secara automatik menghentikan sesuatu aplikasi (terutamanya video) apabila pengguna mengalihkan pandangan dan sebagainya.
S-Health turut disertakan untuk memudahkan pengguna untuk memantau aktiviti mereka, sekaligus memberikan idea untuk kehidupan yang lebih sihat. Selain untuk salah satu fungsi yang turut disertakan adalah sokongan S-Translator untuk membolehkan pengguna mengalih bahasa dari satu bahasa ke bahasa lain. Namun dukacitanya sokongan bahasa Malaysia tidak disertakan untuk aplikasi ini buat masa ini.
Sokongan kawalan dan carian suara, S-Voice turut sama disertakan yang boleh diakses dengan hanya tap dua kali butang fizikal pada bahagian hadapan peranti. Sokongan untuk kawalan ketika memandu turut disertakan melalui aplikasi ini, namun kami kurang pasti sama ada ia digunakan oleh pengguna ataupun sebaliknya, apatah lagi Google sendiri menyertakan sokongan Google Now pada Android versi terbaru.
Sesetengah aplikasi dan fungsi ini mungkin hanya tampak seperti gimik dan mungkin tidak akan digunakan dengan meluas oleh pengguna, memandangkan ia hanya sesuai untuk beberapa keadaan sahaja, dan mungkin agak janggal apabila dilakukan di tempat umum. Namun ia boleh dikatakan salah satu perkara yang perlu dipuji oleh Samsung untuk menyertakan pelbagai fungsi menarik pada peranti mereka, dan menjadikan mereka setapak kehadapan berbanding yang lain.
Samsung Galaxy S4 juga turut sama membawakan sokongan IR-Blaster pada bahagian atas peranti membolehkan pengguna mengawal televisyen dengan menggunakan telefon pintar mereka. Ia mungkin mesra dengan pelbagai televisyen keluaran Samsung, dan kami masih kurang pasti sama ada ia mesra dekoder Astro – sepertimana yang boleh dilakukan oleh HTC One.
Kamera
Samsung Galaxy S4 menyertakan sokongan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang membolehkan pengguna untuk merakamkan gambar yang lebih jelas. Pada aplikasi kamera, Samsung kelihatan mengubah bentuk paparan mod, dimana kini ia kelihatan lebih kurang sama seperti yang terdapat di Galaxy Camera.
Disamping itu, salah satu fungsi yang menarik pada bahagian kamera adalah pengguna boleh mengaktifkan kamera pada bahagian belakang dan hadapan serta merakamkan gambar menggunakan kedua-dua kamera pada masa yang sama.
Harga Jualan
Adakah anda akan mendapatkannya?Di Malaysia, Samsung Galaxy S4 ditawarkan pada harga RM2199. Pengguna juga boleh mendapatkan ia melalui pakej khas daripada beberapa syarikat telekomunikasi, iaitu daripada Celcom, DiGi, Maxis dan juga UMobile. Setiap syarikat telekomunikasi menyediakan pelan dan pakej berbeza, dan bagi mereka yang tidak ingin terikat dengan sebarang kontrak, boleh mendapatkannya daripada pengedar rasmi Samsung.
Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.
1. Hari ini memang hari yang sibuk dan penuh dengan berita yang melibatkan Nokia Dan dengan tidak disangka-sangka, berita ni pulak masuk… Boom!
2. Dalam persidangan Le Web 2012 yang berlangsung di Paris sebentar tadi, Encik Marko Ahtisaari selaku Ketua Bahagian Rekabentuk Nokia, telah mengumumkan Lumia 620 dengan rasminya sewaktu beliau berucap di hadapan hadirin.
3. Secara ringkas, berikut adalah spesifikasi Lumia 620 :
- Sistem Operasi Windows Phone 8
- Skrin sentuh LCD bersaiz 3.8 inci yang memiliki paparan 480×800 (WVGA) berteknologi ClearBlack Display
- Dijanakuasakan oleh pemproses Snapdragon S4 Dwi-Teras 1GHz
- Kamera utama (belakang) 5 megapiksel dengan lampunyala LED
- Kamera kedua (hadapan) VGA
- RAM 512MB
- Slot simpanan kad microSD.
- Storan dalaman 8GB
- NFC
- Bateri berkapasiti 1300mAH
- Sarung boleh ditukar (changeable covers)
- Berat 127 g
4. Nokia menekankan satu teknologi baru yang digunakan dalam membangunkan dan merekabentuk Lumia 620 iaitu “dual-shot colour technique” yang memberikan warna seakan-akan timbul serta tampak hidup.
5. Lumia 620 akan dipasarkan dalam sekitar harga RM760 (USD249) apabila mula dijual kelak pada bulan Januari 2013. Ia akan mula diperkenalkan di pasaran Asia, kemudian Eropah, serta Asia Tengah sebelum ke kawasan lain.
6. Pelbagai warna akan diperkenalkan. Iaitu “lime green, orange, magenta, yellow, cyan, white and black”.
7. Dengan Lumia 620, Nokia terus menepati janjinya untuk memperkenalkan telefon pintar berasaskan sistem operasi Windows Phone 8 untuk pelbagai lapisan masyarakat. Lumia 920 untuk mereka yang inginkan spesifikasi tinggi, Lumia 820 untuk mereka yang sederhana, dan Lumia 620 untuk mereka yang tidak termasuk dalam dua golongan diatas
8. Dengan Lumia 620 ini juga, kelihatan Nokia cuba untuk mengasingkan dan membezakan rekabentuk peranti terbarunya daripada peranti lama. Lumia 620 tidak lagi menggunakan rekabentuk “Fabula” yang terdapat pada Lumia 800, 900, dan 920.
9. Pilihan warna yang pelbagai pasti akan menarik mata sesiapa yang melihatnya.
10. Apa pendapat anda mengenai Lumia 620? Ia kelihatan seperti sebuah telefon pintar Windows Phone 8 yang harganya berpatutan tetapi memiliki fungsi dan rekabentuk menawan. Betul tak? - http://nokiaku.my Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.
HTC First menggunakan cip pemprosesan dwi-teras Qualcomm Snapdragon 400, skrin bersaiz 4.3-inci, Kamera 5.0 megapixel rear-facing, dan menggunakan Android 4.1 Jelly Bean bersama-sama Facebook Home. HTC First juga berkeupaya menyokong LTE. Peranti ini bakal ditawarkan dalam lebih 4 variasi warna berbeza, sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna.- http://amazingnara.com/
Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.
Begitu canggihnya teknologi maklumat (IT) sekarang. Anda pernah mendengar aplikasi Qik? Pernah melayari Qik.com? Apa yang bagus sangat aplikasi Qik ini sampai dimuatkan di beritasemasa.com? Okey-okey macam persoalan keluar bukan. Canggihnya Qik.com ini kerana teknologi yang digunapakai sehingga anda boleh Stream Live Video daripada telefon.
Contohnya ketika menggunakan Iphone, Nokia, mengenai Qik.com nih antara teknologi maklumat yang canggih di mana anda boleh Stream Live Video dari telefon seperti Iphone,Nokia E dan juga N Series terus ke laman web.
Bayangkan anda menghadiri ceramah politik ker, melihat kemalangan kereta ker, buat majlis kahwin tetapi tidak ramai pula rakan-rakan terdekat tidak dapat hadir
Semua masalah di atas ini dapat diatasi dengan kecanggihan teknologi maklumat (IT) yang ada pada Qik.com yang mana anda cuma perlu menggunakan aplikasi Qik.com dan terus stream ke server mereka dan rakan-rakan anda yang lain boleh view secara live menggunakan alamat URL seperti http://qik.com/username_anda
Kos menggunakan aplikasi dan kemudahan Qik.com ini pula bagaimana? Mesti mahal bukan? Ooooo….tidak sama sekali. Cuma perlu :
1. Hanya perlu menggunakan 3G, atau subscribe unlimited data plan, guna prepaid menjawablaa mahalnya.
2. Telefon bercamera yang ada wifi atau 3G
3. Telefon yang menggunakan Java Mobile Apps ( rasanya semua support )
Boleh terangkan lebih jelas teknologi yang dikatakan canggih untuk Qik.com ini?
1. Dahulu, kalau nak berkongsi video, perlu upload video daripada mobile phone kemudian baru boleh stream. Sekarang? Tidak lagi…….Semua menjadi mudah dengan teknologi maklumat (IT) yang sudah semakin berkembang sekarang ini
2. Kita sendiri boleh jadi penyumbang video berita, anda boleh buat blog dan slidekan code untuk live feed. Memnag sesuai untuk wartawan, paparazzi, dan satu lagi kaki gosip Malaysia pun boleh cuba-cuba menggunapakai aplikasi Qik.com
3. Kita boleh cipta followers ( ala-ala twitter jugakla…)
4. Video yang diambil boleh dijual ke pihak ketiga, bayangkan anda rakam airbus A380 terhempas di kawasan hutan dalam Malaysia……
P/S : Macam mana dia boleh compress video dan stream? Sungguh canggih teknologi maklumat (IT) dan gajet zaman sekarang.
Sumber : http://beritasemasa.com Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.
PENGARAH projek Blue Waters, Bill Kramer (kiri) berada di dalam sistem stor komputer Blue Waters.
Komputer ketiga terpantas di dunia terdapat di Universiti Illinois, Amerika Syarikat (AS) yang bernilai AS$350 juta (RM1.08 bilion).
Ia kini boleh digunakan oleh para penyelidik, saintis dan ahli perniagaan.
Komputer itu yang diberi nama Blue Waters dihasilkan dengan menggunakan peruntukan Yayasan Sains Kebangsaan, syarikat IBM Corporation dan Cray Inc.
Projek pembinaan komputer itu bermula pada tahun 2007.
Menurut laman web top500, kedudukan komputer itu berada di belakang komputer Titan yang dibina syarikar Cray di Makmal Kebangsaan Oak Ridge, Tennessee di AS.
Komputer paling pantas membuat pengiraan ialah mesin keluaran IMB, Sequoia yang terdapat di Makmal Kebangsaan Livermore, California. - Agensi Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.