Join us on Facebook

Please wait..10
Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Showing posts with label YAHUDI. Show all posts
Showing posts with label YAHUDI. Show all posts

Israel Tidak Mampu Hentikan Azan




Sejumlah kelompok Yahudi ekstrem gagal melakukan konspirasi untuk menghentikan azan yang dikumandangkan di beberapa kawasan pendudukan Palestin.

Sebagaimana dilaporkan TV Alalam, Rabu lalu, sekumpulan pelampau di wilayah Ramat Aviv yang terletak di utara Tel Aviv, mengajak warga Yahudi di wilayah itu untuk bersama-sama menghentikan laungan azan.

Mereka mengajak pendatang Yahudi lain di wilayah itu dengan meneriakkan pengumuman melalui pembesar suara di tengah malam.

Rangkaian 10 televisyen rejim Yahudi dalam laporannya berkata, "Tindakan  para kaum ekstrem yang mengajak warga Yahudi di wilayah Ramat Aviv untuk mematikan suara azan di masjid-masjid, di luar dugaan mendapat bantahan keras dari warga Yahudi. Bahkan di beberapa kawasan penempatan pendatang Israel, mereka marah dan mencaci para ekstrimis itu. "

Sebahagian warga Yahudi, kata Rangkaian 10, menelefon polis dan mendesak agar para ekstrimis itu ditangkap.
Diterjemahkan dari sumber republika





Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.

Israel Berada Ranking No.1 Dunia Dalam Kes Rogol

Bekas Presiden Israel Moshe Katsav terlibat dalam kes rogol dihukum penjara 7 tahun














Jumlah kes rogol per kapita pada 2009 di Israel merupakan yang tertinggi di dunia. Padahal, Israel berada di kedudukan ke-enam pada tahun sebelumnya.

Data terbaru dikeluarkan dari sebuah Institusi Eropah berkaitan Pencegahan dan Kawalan Jenayah pada 2011 melaporkan jumlah kes rogol per kapita di Israel mencapai 0,166 per 1,000 orang pada 2009. Jumlah kes rogol per kapita itu tidak berubah dari 2008. Namun, kedudukan Israel melonjak ketara pada 2009.

Jerman berada di kedudukan kedua dengan kes rogol 0,089 per 1,000 orang. Pada 2008, Jerman berada di kedudukan ke-13 dengan angka pemerkosaan mencapai 0.093 per 1,000 orang.

Sementara itu, jumlah pemerkosaan perkapita di Kenya menduduki tempat ketiga. Kenya mempunyai kes rogol 0.091 per 1,000 orang. Padahal, pada 2008, Kenya berada di kedudukan 41 daripada 50 negara dengan kes rogol mencapai 0,023 per 1,000 orang.







Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.

Sebab Israel Bunuh Kanak-Kanak Palestin




Perang antara Israel-Palestin tidaka akan ada noktahnya. Entah sampai bila Israel akan melakukan pembunuhan terhadap warga Palestin. Dari sekian ribu mangsa korban keganasan perang Israel 75% dari mereka adalah kanak-kanak dan wanita.

Banyak dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sanggup meragut nyawa anak-anak Palestin? Ada yang kata memang tabiat Israel yang kejam dan biadab, ada juga yang berkataIsrael takut akan pertumbuhan kanak-kanak Palestin. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan masuk akal juga. Inilah sebeb mengapa Israel menjadikan kanak-kanak Palestin sasaran operasi mereka selain kumpulan Hamas.
Salah satu pimpinan Hamas, Ismali Haniya berkata kanak-kanak yang sudah hafal 30 juz Al-Quran ini sesungguhnya menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi.

"Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Al-Quran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa?" Demikian pemikiran yang berkembang di fikiran orang-orang Yahudi. Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-Quran. Keadaan Gaza yang disekat dari segala arah oleh Israel menjadikan mereka terus berinteraksi dengan al-Quran. Tidak ada main Play Station atau game bagi mereka.

Seperti yang kita ketahui bahawasanya Hamas mengenakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi ahli mereka, diantaranya Hafiz Al-Quran dan tidak pernah meninggalkan solat fardhu terutama sekali solat subuh.
Belajarlah dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap saat tapi itu semua tidak mengugat niat mereka untuk dekat dengan Sang Khalik dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh Agama Islam. Israel sememangnya gagah dalam segi jumlah pasukan dan peralatan tempur yang berteknologi tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang tinggi, mereka berani mati demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.





Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.

Formula 5F Yahudi Untuk Orang Islam




1. Filem
Melalui filem bukan sahaja yahudi dapat mengaut keuntungan malah merosakkan aqidah Islam sehingga adanya laporan suatu kajian ilmiah yang dijalankan di mana ramai remaja Islam yang terlibat dengan pemujaan Syaitan seperti Black Metal, Jangan Ikut Tuhan (JIT) dan sebagainya antaranya disebabkan pengaruh filem. Begitu juga seks bebas dan sikap negatif yang ditanam melalui filem

2. Famili (Keluarga)
Menanamkan amalan hidup bebas dalam keluarga Islam sehingga berleluasanya perbuatan bersedudukan dengan suami atau isteri orang, anak-anak dibiarkan mendeadh aurat dan bergaul bebas tanpa batasan

3. Fesyen
Memperkenalkan fesyen yang mendedah aurat dan mengghairahkan di mana setiap fesyen yang ditayangkan melalui filem terus dipasarkan secara meluas dengan harga yang murah. Umat Islam terus memakai pakaian yang menjolok mata dengan perasaan bangga kerana dianggap memakai pakaian mengikut peredaran masa

4. Fun (Hiburan)
Hiburan yang melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan artis dan filem sedangkan masalah yang besar diabaikan. Umat Islam berasa senang hati untuk hadir program hiburan serta merasakan suatu siksaan dan deraan bila diminta menghadiri majlis keagamaan

5. Food (Makanan)
Umat Islam lebih selera dan suka menjamu makanan yang dihasikan oleh jenama yahudi dan sekutunya berbanding produk umat Islam sendiri. Kita tidak tidak sedar bagaimana adanya usaha mengedarkan gandum yang diproses di Israel yang dicampur dengan bahan untuk memandulkan manusia. Pernah berlaku di Mesir dan Jordan pengedaran telur ayam Israel yang disuntik ubat mandul. Jangan biarkan kita mandul semangat melawan Israel dan mandul keturunan kerana banyak menjamu selera makanan dan minuman yahudi. Petikan Kitab Yahudi : “Angka kelahiran orang-orang non-Yahudi harus ditekan sekecil mungkin.” (Zohar II, 4b)




Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.

Filipina Negara Yahudi Berikutnya Di Asia Tenggara



Selepas pungutan suara berkaitan status Palestin yang dilakukan oleh PBB di New York minggu lalu, ratusan rakyat Filipina mengadakan perarakan di Manila bagi menyokong Israel.

Jumlah mereka dianggarkan 300 hingga 400 orang dan berkumpul di kawasan perniagaan. Beberapa orang di antaranya membawa bendera Israel, belon putih biru, pembesar suara dan menetapkan lagu dalam bahasa Ibrani, dan bahkan beberapa shofarot(alat muzik yahudi laknatullah).


shofarot

Mereka diikuti dengan konvoi berjumlah 50 hingga 60 buah kereta dengan membawa kain rentang bertulis "Berdirilah dengan Israel, sekarang dan akan datang". Slogan ini sama pada tahun 1947 ketika Filipina menjadi negara Asia pertama yang menyokong penubuhan bangsa Yahudi di Palestin.


Bendera rejim laknatullah bersebelahan dengan bendera Filipina berada berhempiran dengan Laut Mati

Perarakan ini diadakan oleh segelintir organisasi Kristian yang pro-yahudi zionais laknatullah. Mereka menyokong Israel dengan pelbagai cara sepanjang tahun ini dengan acara doa, perjumpaan gereja hari minggu, derma, dan perarakan secara tahunan.


Barua yahudi laknatullah di Asia Tenggara

Mereka berkumpul di taman nasional dengan menyanyikan lagu kebanggan Israel "hatikva" dan meniup shofars.




Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.

Cara Yahudi Hentikan Mogok Lapar Tahanan Palestin

gaza3


Pihak Berkuasa Penjajahan Israel (IOA) membenarkan 56 warga Palestin mengunjungi keluarga mereka yang ditahan di penjara-penjara IOA, di padang pasir Nafha.

Jurucakap Palang Merah di Gaza, Arwa Mihana mengatakan bahawa 56 warga Palestin pergi melakukan kunjungan melalui persimpangan Erez, Isnin pagi (11/02/2013).

IOA membenarkan keluarga tahanan untuk lawatan sebagai cara untuk menamatkan aksi mogok lapar besar-besaran di penjara IOA mengikut perjanjian yang berlaku antara pemimpin tahanan dan pihak berkuasa penjara Isarael.
Diterjemah dari sumber islampos.com





Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.

Antara Israel Dan Zionis Yahudi




Nama Israel sudah popular di semua kalangan masyarakat dunia. Hampir semua media massa di dunia menyebut sebuah negara penjajah yang menguasai Palestin saat ini sebagai "negara Israel". Padahal jika meneliti secara sejarah, istilah Israel dalam hal ini tidak tepat. Ini adalah sebahagian daripada "perang terminologi". Tanpa sedar, hampir keseluruhan umat Islam dengan mudah mengucapkan kata "Israel" bahkan diikuti dengan kata atau doa yang buruk dan laknat terhadap mereka. Padahal, nama Israel adalah nama Nabi Ya'qub alaihisalam.

Yahudi menggunakan nama "Israel" apabila mereka membina kekuatannya di era moden ini. Dengan nama itu, mereka mendakwa terikat dengan dengan Nabi Allah Israil alaihissalam, mengikuti agamanya, pewarisnya, keturunannya dan seakan Allah meredai mereka.

Tatkala Yahudi menduduki Palestin dan menubuhkan negara mereka di sana, mereka menamakannya dengan "negara Israel". Lembaga dan agensi yang ada juga atas nama Israel. Bank Israel, bendera Israel, tanah Israel, suara Israel, tentera pertahanan Israel, kementerian luar negeri Israel dan seterusnya.

Agar diterima oleh masyarakat dunia, Yahudi memberikan imbuhan dan kesan dimensi agama dalam entiti dan kewujudan mereka di tanah Palestin. Ini mereka lakukan agar masyarakat antarabangsa simpati keagamaan dan kalangan yahudi dunia sudi berhijrah ke negara Yahudi, mengerahkan seluruh tenaga dan potensi yang mereka milik untuk negara penjajah ini.

Selain itu, dengan menamakan diri sebagai "negara Israel" cara seperti ini, Yahudi ingin mempengaruhi kalangan Kristian dunia dan mendapatkan sokongan. Sebab kalangan ini juga mendakwa beriman kepada Injil (Bible) dan Taurat. Taurat adalah Perjanjian Lama dan Bibel adalah Perjanjian Baru. Keduanya diyakini kalangan Kristian sebagai kitab suci.

Yahudi ingin memberikan entiti mereka di Palestin untuk kalangan Kristian sebagai wujud nubuwat dalam perjanjian lama di dalam kita suci. Mereka ingin menunjukkan seolah-olah ini sebagai perwujudan janji Allah kepada Ibrahim dan Israil (Yakub). Mereka ingin memberikan pemahaman kepada Kristian bahawa sokongan kepada entiti Yahudi di Palestin adalah natijah keimanan Kristian kepada Injil (Bible). Oleh itu, sebahagian negara Kristian di barat terpengaruh kepada tuntutan Yahudi ini.

Israil adalah Nama Nabi

Israil adalah Nabi Allah yang mulia dan dicintai-Nya. Dia adalah Yakub bin Ishak bin Ibrahim alaihimussalam. Allah berfirman,

"Mereka itu adalah orang-orang yang Telah diberi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang-orang yang kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil, dan dari orang-orang yang Telah kami beri petunjuk dan telah kami pilih. apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis. "(Maryam: 58)

Sementara Bani Israil adalah anak dan keturunan Nabi Yakub iaitu 12 orang, Yusuf dan saudara-saudaranya. Dari 12 orang inilah berkembang dan menjadi Bani Israil ketika mereka tinggal di Mesir bersama Yusuf. Ketika datang Musa, mereka keluar bersamanya ke Gurun Sinai. Ketika mereka kehausan Musa memukulkan tongkatnya ke batu dan mengeluarkan mata air sebagi mukjizat.

Nama Bani Israil digunakan sampai diutusnya Nabi Muhammad. Ayat Al-Quran jelas memberitahu tentang mereka, sejarah, perbuatan, taklif Allah kepada mereka, kesalahan dan penyelewengan mereka.

Yahudi atau Israel?

Al-Quran menyebut Yahudi kepada Bani Israil setelah diutusnya Nabi Muhammad dan selepas mereka kufur dan mengingkari kenabian beliau. Nama Yahudi adalah bukan bahasa Arab tetapi digunakan untuk mengistilahkan bangsa kafir yang dimurkai Allah. Nama Yahudi hanya disebutkan dalam ayat-ayat madani (yang turun selepas hijrah ke Madinah) lapan kali di surat; Al-Baqarah, Al-Maidah, dan di At-Taubah semuanya dengan konteks celaan atas mereka dan bukan pujian.

Beralihnya peristilahan Al-Quran dari Bani Israil kepada Yahudi ini memberikan kesimpulan bahawa umat Islam wajib mengikuti methode Al-Quran dalam membezakan antara Yahudi dan Bani Israel.

Ketika Al-Quran menukar istilah Bani Israel menjadi Yahudi ini ingin menghilangkan mereka dari warisan hakiki Ibrahim dan Israil. Meskipun mereka mungkin masih ada keturunan Nabi Israil, namun mereka bukan pewarisnya kerana mereka tidak mengikuti agama beliau.

Kerana itu untuk menunjuk kepada negara penjajah di Palestin ketika ini yang betul adalah menyebutkan "negara penjajah zionis yahudi" dan bukan Israel. Zionis menunjuk kepada organisasi antarabangsa jahat yang merancang penubuhan negara penjajah tersebut di Palestin. Sebab jika menggunakan Israel dikhuatiri akan memberikan imbuhan laknat, celaan, cercaan kepada seorang Nabi Allah iaitu Yakub. Jika pun terpaksa menggunakannya kerana tuntutan konteks jurnalistik maka menyebut itu dengan tanda petik 'Israel'.
Diterjemah dari sumber islampos





Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.

Bangsa Yahudi Pertama Kafir Kepada Nabi Muhammad




"Dan berimanlah kamu kepada apa yang Aku turunkan yang membenarkan apa yang ada padamu, dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kali kafir kepada-Nya dan janganlah kamu menjual ayat-ayat-Ku dengan harga murah, dan hanya kepada Akulah hendaklah kamu bertaqwa, "( Al-Baqarah 41)

Dalam ayat ini Allah berbicara kepada Bangsa Yahudi, sebagai bangsa yang telah sering kedatangan Nabi. Bangsa ini menerima kitab-kitab suci dari langit tetapi merupakan bangsa yang paling benci kepada orang-orang mu'min. Bangsa Yahudi diajak untuk menjadi orang pertama untuk beriman kepada Nabi Muhammad supaya bangsa-bangsa lain bersedia mengikuti jejaknya.



Kepada bangsa Yahudi Allah berfirman supaya mereka beriman kepada Al-Quran sebagai pelaksanaan memenuhi janji kepada Allah. Hal ini menunjukkan bahawa memenuhi janji kepada Allah dengan mengikuti arahan dengan beriman kepada Al-Quran dan Nabi Muhammad adalah suatu tindakan yang penting dari yang lain. Sebab langkah seperti ini merupakan asas yang pokok dan tujuan utama.

Al-Qur'an diturunkan untuk membenarkan keterangan-keterangan yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan Kitab-kitab para Nabi sebelumnya. Perintah-perintah yeng tersebut di dalamnya yakni berupa ajakan bertauhid, meninggalkan perbuatan-perbuatan keji yang dilakukan dengan terang-terangan mahupun dengan tersembunyi, menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah perbuatan kemungkaran dan sebagainya yang membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Ini sama dengan ajaran Musa dan para Nabi sebelumnya, kerana semuanya itu tujuannya satu, iaitu menetapkan kebenaran dan memberi petunjuk kepada manusia serta menghapuskan kesesatan dalam aqidah.

Tetapi bagaimanakah sikap Bangsa Yahudi terhadap teguran Al-Quran ini? Mereka bahkan cepat bersikap kufur kepada Al-Quran. Padahal seharusnya mereka berada pada barisan depan untuk beriman kepada Nabi Muhammad dan Al-Quran ini. Kerana mereka telah mengetahui kebenaran Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam berdasarkan keterangan Kitab-kitab suci mereka yang telah menyampaikan berita kedatangan Nabi akhir zaman. Dalam buku-buku tarikh dijelaskan bahawa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam datang berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi Madinah mendustakannya. Kemudian langkah mereka ini diikuti oleh orang-orang Yahudi Bani Quroidhah, Bani Nadhir, Yahudi Khoibar dan meluas kepada golongan Yahudi lain-lain.

Terhadap sikap mereka yang kufur ini, maka Allah kemudian memberi amaran secara keras dengan titah-Nya: "Janganlah kamu bersikap mendustakan kenabian Muhammad dan kitab suci yang dibawanya dan menolak petunjuknya, kerana ingin menukar dengan kesenangan dunia yang sedikit".

Para pendeta dan pemimpin Yahudi kerana ingin memperoleh pengaruh, harta, pangkat dan kedudukan di mata rakyatnya. Mereka mendustakan kebenaran Nabi. Sedangkan golongan awam bangsa Yahudi menolak kebenaran Nabi Muhammad, kerana ingin mendapatkan kasih sayang dari para pemimpin. Ingin memperoleh nasib baik dan takut menghadapi permusuhan dan kemarahan para pemimpin dan masyarakatnya.

Bangsa Yahudi bangsa penakut
Sikap pemimpin dan masyarakat Yahudi mendustakan kebenaran Nabi Muhammad adalah perbuatan yang merugikan diri sendiri. Perbuatan mereka ini dikatakan menukar keredhaan dengan kemurkaan, rahmat dengan siksa baik di dunia mahupun di akhirat.

Seharusnya memang Bangsa Yahudi sebagai bangsa yang menerima wasiat Nabi Musa dan Nabi Isa as untuk beriman kepada Nabi akhir zaman menjadi perintis menyambut kebenaran Al-Quran, bukan menjadi perintis yang kafir kepada Al-Quran dan Nabi Muhammad.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com




Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.

Yahudi Bekerjasama Dengan Musuh Untuk Hancurkan Islam




"Kamu melihat kebanyakan dari mereka tolong-menolong dengan orang-orang yang kafir (musyrik). Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, iaitu kemurkaan Allah kepada mereka, dan mereka akan kekal dalam seksaan, "(QS. Al-Maidah: 80).

Bangsa Yahudi, di dalam usaha menghancurkan Islam dan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam saling tolong menolong di kalangan bangsa Arab yang masih musyrik dan kafir. Mereka mengadakan perjanjian untuk memerangi Nabi dan membangkitkan semangat golongan Musyrikin bangsa bersatu untuk terus melakukan perang melawan beliau.

Bangsa Yahudi pada dasarnya tahu bahawa ajaran yang dibawa Rasulullah sama intipatinya yang dibawa para Nabi Bani Israel. Mereka tahu bahawa Rasulullah beriman kepada Allah, Tuhan yang juga mereka sembah, Rasulullah pun beriman kepada kitab suci mereka, bahkan menjadi saksi akan kebenaran para Nabi mereka. Para Nabi Bani Israel pun telah memberikan kesaksiannya dan khabar gembira akan munculnya Nabi akhir zaman yang dijanjikan.



Bangsa Yahudi juga tahu bahawa golongan Musyrik bangsa Arab tidak menyembah Allah, tidak beriman kepada kitab suci mereka dan tidak pula beriman kepada rasul-rasul mereka. kerana itu mereka tidak membantu memusuhi musuh Allah dan Rasul-Nya tetapi yang terjadi justeru sebaliknya. Sebagai contoh, seorang tokoh pendeta Yahudi, bernama Ka'ab bin Asyraf pergi ke Mekah dan menghasut kaum Musyrikin sehingga berjaya memujuk mereka untuk memerangi Rasulullah dalam perang Ahzab. Perang yang berlaku pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah ini dari golongan musuh Islam terdiri dari kaum Musyrikin Mekah, bangsa Yahudi Khaibar dan suku-suku bangsa Arab yang masih menyembah berhala (Ghotfan, Murrah dan Asyja ').

Perang Ahzab diceritakan dalam Al-Quran pada surah Al-Ahzab ayat 10. Bangsa Yahudi yang bersekongkol dengan musuh-musuh Islam bahkan musuh bagi agama mereka sendiri adalah kerana dorongan kedengkian dan kebencian kepada Islam. Akibat daripada sikap mereka yang penuh kebencian pada kebenaran mereka rela untuk memberikan laluan kepada musuh-musuh Allah dan Rasul-Nya asalkan dapat menghancurkan kebenaran yang tidak diinginkannya.

Amalan-amalan kejahatan Zionisme yang tersembunyi menggunakan pelbagai cara dan kaedah dengan merangkul pelbagai ideaologi-ideaologi baik marxisme, kapitalisme, Nasionalisme. Dengan demikian seluruh sarana dan potensi yang ada dimanfaatkan untuk menghancurkan kekuatan Islam.
Diterjemahkan dari sumber globalmuslim




Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.

Antara Israel (Yahudi) Dengan Syiah Tidak Pernah Ada Masalah - Ariel Sharon



Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon, dalam salah satu bukunya menyatakan dengan tegas bahawa, "Antara Israel (Yahudi) dengan Syiah tidak pernah ada masalah. Justeru musuh kami yang hakiki adalah sel-sel organisasi 'pengganas' Palestin, dan orang-orang Syria yang banyak membantu organisai-organisasi 'pengganas' ini! "

Dalam buku, Sharon mengeluarkan sebuah buku yang berjudul "Warrior", dia menulis bahawa Syiah mungkin sudah seperti saudara sendiri bagi Israel. Ap alagi dalam judul buku disebutkan "Aku akan bercakap tentang orang-orang yang aku cintai."

Sharon berkhidmat sebagai Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Kuasanya sebagai perdana menteri kemudian digantikan oleh Perdana Menteri (sementara) Ehud Olmert kerana terkena serangan stroke pada Januari 2006. Dia mengalami koma dalam waktu yang lama sehingga tidak mungkin untuk kembali menjalankan tugas-tugas sebagai pemimpin kerajaan.

Dia lahir di Kfar Malal (Mandat British Palestin) dan tampil sebagai pemimpin politik dan tentera berbangsa Israel. Sharon juga pernah menjadi pemimpin Likud, parti terbesar dalam gabungan kerajaan dalam parlimen Israel, Knesset, sehingga dia mengundurkan diri dari parti tersebut pada 21 November 2005. Dia kemudian membentuk parti baru bernama Kadima.

Selama tiga puluh tahun Sharon berkhidmat sebagai anggota Angkatan Bersenjata Israel. Pangkat tertingginya ialah Mejar Jeneral. Dia menjadi terkenal di Israel kerana penglibatannya dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967 dan Perang Yom Kippur pada tahun 1973.

Ariel Sharon juga bertanggung jawab dalam tragedi pembunuhan Qibya pada 13 Oktober 1953 di mana ketika itu 96 orang Palestin dibunuh oleh Unit 101 yang dipimpinnya dan pembunuhan Sabra dan Shatila di Lebanon pada 1982 yang mengakibatkan antara 3000 hingga 3500 orang terbunuh, sehingga dia digelar sebagai 'Tukang sembelih dari Beirut '.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com




Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.

32 Rahsia Penting Yahudi



1. Tahukah anda bahawa selain bangsa Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa  yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin.

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara bangsa Yahudi dan bukan Yahudi.

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Bukit Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diagihkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu

6. Tahukah anda bahawa Amerika memperuntukkan 5 juta US dari penghasilan cukainya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel berjumlah 1.8 juta US $ setiap tahun dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan berjumlah 4 juta US $ dari Amerika iaitu pesawat pejuang F 16, Apache dan Blackhawk dan kerana Amerika merupakan Negara sekutu utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya.

11. Tahukah anda bahawa sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, Yahudi sudah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear.

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Pertahanan mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan.

13. Tahukah anda bahawa Israel mengebom tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967. Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam.

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB. Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika.

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik wujud terhadap identiti bangsa Yahudi agar tetap menjadi warga negara itu.

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua.

17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh buruh Palestin yang sedang menunggu bus di sebuah halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu dia menembak mereka dari jarak setengah meter. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel.

18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan keterangan tawaran kerja dengan perkataan: "tawaran kerja hanya untuk bangsa Yahudi", "dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa Yahudi"

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk memunculkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya. Padahal parti itu berideaologi radikal dengan pandangan utama membesihkan Israel dari bkan bangsa Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel.

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong tindakan tentera Israel untuk menghapuskan semua warga Palestin? bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel:

"Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak peluru berpandu dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghapusnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk "......

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah Yahudi.

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan larangan penyeksaan dalam proses penyiasatan, tetapi Shinbet (Badan Intelejen Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses siasatan mereka.

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses pendidikan dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Hal ini apabila dilihat dari jumlah peratusan penduduknya.

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948. Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin kerana dihalang dengan  perjanjian OSLO.

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya yang sebenar ialah pengganas Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri.

29. Tahukah anda bahawa Yahudi sebagai sebuah bangsa penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin.

30. Tahukah anda bahawa arahan dari Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel. Salah satu contohnya adalah ketika dia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling kejam andalah pembunuhan tiga wanita Palestin padahal mereka sedang berada di dalam khemah pelarian.

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pelbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin.





Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.

Dimanakah Yahudi Bersembunyi Ketika Dikejar Musuh?




Yahudi menuduh Islam sebagai agama keganasan nombor satu bagi Yahudi. Alangkah baiknya, mereka harus kembali membuka lembaran hitam sejarah penindasan mereka. Sejarah "hitam" ketika mereka diselamatkan oleh kaum muslim ketika dikejar oleh NAZI. Islam lah yang dengan berbesar hati membuka pintu rumahnya untuk dijadikan tempat bersembunyi mereka.

Kisah ini bukanlah roman picisan belaka atau direka. Fakta ini adalah benar berlaku di sebuah negara bernama Albania. Sebuah negara muslim kesan pemerintahan Khalifah Uthmaniyah menguasai negara itu antara tahun 1385-1912.

Sejak Perang Dunia II, kisah pembunuhan beramai-orang Yahudi menjadi catatan tersendiri. Mereka dikejar dan dicari oleh bala tentera NAZI. Dalam keadaan bingung, mereka hampir putus asa, menjadi pelarian menjadi satu perkara yang sukar mereka perjuangkan.

Dalam keadaan bimbang, mereka bagai mendapatkan cahaya. Dari maklumat yang diperolehi, ada sebuah negara berpenduduk ramah dan baik terhadap tetamu. Negara itu bernama Albania. Sebuah negara muslim di bahagian Eropah Tenggara yang kini bersempadan dengan Montenegro di sebelah utara, Serbia (Kosovo) di Timur laut, Republik Macedonia di Timur, dan Greece di Selatan.

Sekitar dua ribu orang Yahudi melarikan diri ke daerah Albania. Di sana, mereka dilindungi oleh keluarga-keluarga muslim Albania di bandar Berat. Para muslim Albania mempertaruhkan nyawa untuk melindungi pelarian Yahudi yang meminta pertolongan.

Menyembunyikan Yahudi risikonya sangat tinggi, kerana setiap masa rondaan NAZI boleh meronda ke perkampungan dan menggeledah setiap isi rumah. Jika diketahui ada penduduk menyembunyikan Yahudi, maka kehilangan nyawa adalah ganjarannya.

Namun menurut catatan sejarah, tidak ada satupun pelarian Yahudi yang diserahkan oleh muslim Albania pada pihak NAZI. Dengan penuh keikhlasan dan kebesaran hati, para muslim Albania melindungi pelarian Yahudi dengan segenap cara.

Justin Kerber, seorang Rabbi Yahudi pernah berkata, "Komuniti Muslim ada di antara orang-orang yang telah menghadapi risiko besar kerana memberikan perlindungan kepada kaum Yahudi di rumah-rumah mereka. Dan mereka melakukannya tanpa melihat latar belakang agama para Yahudi. "

Sedangkan, Dr Ghazala Hayat, seorang doktor ahli saraf di Universiti St. Louis dan juru cakap Islamic Foundation di Greater Saint Louis memberitahu, "Anda mungkin belum pernah mendengar cerita ini, bagaimana masyarakat Muslim Albania mempertaruhkan nyawa mereka sendiri untuk mengamalkan keimanan dan menghormati kehidupan yang disebut Besa,"

Besa sendiri adalah tradisi yang berakar dari Al-Quran yang bermaksud "memegang janji" atau "menjaga kehormatan". BESA juga bermakna mengambil berat pada yang memerlukan, melindungi kaum lemah, dan menolong sesama.

Dalam usaha melindungi kaum Yahudi, para muslim Albania menganggap mereka sebagai saudara. Mereka diberikan pakaian yang sama, makanan yang sama dan tinggal bersama-sama di rumah seperti ahli keluarga. Apabila ada rondaan Jerman datang, kaum Yahudi disembunyikan di bawah tanah atau di tengah hutan.

Kisah dari keluarga Kasem Kocerri, yang didatangi serombongan rondaan NAZI pada awal 1944, menarik untuk didengari. Ketika itu, tentera NAZI menyoal di mana para pelarian Yahudi bersembunyi. Tapi Kasem tidak memberitahu. Diam-diam dia menyembunyikan keluarga Yahudi di salah satu kumpulan di atas bukit.

Keluarga Halil frasheri menceritakan pengalamannya yang mencengkam semasa rondaan NAZI menggeledah rumah ke rumah. Dia melalui pintu belakang, mengajak keluarga Yahudi yang bersembunyi di rumahnya, untuk lari ke dalam hutan.

Namun kisah fenomenal di atas itu semua berlaku ketika Yahudi mengalami berbagai kekejaman di Eropah. Namun berbeza ketika kaum Yahudi hidup di wilayah Kekhilafahan Uthmaniyah. Selama beratus-ratus tahun mereka tinggal dalam wilayah Uthmaniyah, mereka menikmati kebebasan menjalankan agama dan pelbagai perlindungan sebagai kaum minoriti atau ahlud dimah. Selama itu, kaum Yahudi tidak berfikir untuk berpisah dari Ustmaniyah.

Keadaan Yahudi di Ustmaniyah itu begitu berbeza dengan nasib yang diterima Yahudi di Eropah ketika Kristian berkuasa sehingga mereka dihalau untuk berpindah secara besar-besaran terutamanya ke wilayah Uthmaniyyah. Padahal ketika Sepanyol berada di bawah pemerintahan Islam, kaum Yahudi mendapat layanan yang baik.

Oleh kerana itu, Martin Gilbert, dalam Atlas of Jewish Civilization mencatat bagaimana kebijaksanaan penguasa muslim Sepanyol terhadap Yahudi. Dia katakan bahawa penguasa muslim juga memberi pekarjaan kepada sarjana Yahudi sebagai kecintaan mereka terhadap Sains dan ilmu pengetahuan.





Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...