Join us on Facebook

Please wait..10
Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Showing posts with label TUAN GURU. Show all posts
Showing posts with label TUAN GURU. Show all posts

Beza Yahudi Dan Zionis



KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, kekeliruan orang ramai selepas Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan yang hanya menentang urus niaga dengan kerajaan Zionis yang menguasai tanah Palestin secara haram.

Nik Abdul Aziz berkata, Yahudi merupakan bangsa seperti bangsa-bangsa lain di dunia sedangkan Zionis sebagai ‘parti’ dalam Yahudi itu sendiri.

Katanya, Yahudi lain, Zionis lain kerana Zionis merupakan parti dalam Yahudi yang mempunyai agenda jahat sejak lebih 100 tahun lalu.

“Yahudi ni bangsa, bangsa tidak ada yang jahat tapi yang jahatnya ialah manusia, begitu juga Melayu dan Arab, Melayu dan Arab tidak jahat tapi yang jahatnya ialah perangai orang Melayu dan Arab itu sendiri.
“Orang Yahudi tidak minta untuk jadi Yahudi dan saya sendiri tidak nak jadi Melayu tapi bangsa saya bangsa Melayu, apa boleh buat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kelmarin mempertahankan kenyataan Abdul Hadi dengan mendakwa berurus niaga dengan Zionis bererti mengiktiraf kewujudan mereka.

Beliau juga kecewa kerana larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994.

Kenyataan Abdul Hadi sebelum ini mendapat respons daripada pimpinan Umno termasuk Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menganggap Pas tidak konsisten apabila menyokong umat Islam bekerjasama dan menjalin hubungan dengan Yahudi.

Mohd Shafie berkata, kenyataan itu menunjukkan parti Pas menyimpang daripada prinsip asal mereka.

Ketika menjawab soalan media selepas sesi dialog program bersama pemimpin bagi mengutip dana menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 di Pusat Konvensyen Shah Alam Sabtu lalu, Abdul Hadi menegaskan, Pas tidak akan bekerjasama dengan negara yang mengamalkan fahaman Zionis.

Katanya, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurus niaga dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

Pas katanya, menolak Zionis kerana ia kefahaman anarki Yahudi yang menganggap bangsa Yahudi sebagai bangsa mulia serta menganggap bangsa lain adalah binatang. - Sinar Harian
Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.

Nik Aziz Persoal Pusat Wujud JPPK

Nik Aziz
SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan kewujudan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), yang didakwa cuba mengaburi mata rakyat walhal segala peruntukan bagi tujuan pembangunan negeri itu telah disalahgunakan Umno-Barisan Nasional (BN).

Lebih menghairankan apabila hanya di Kelantan dan negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) agensi kerajaan itu diwujudkan, tidak pula di negeri-negeri lain dan beliau percaya Umno-BN akan menggunakan JPP untuk menarik sokongan pengundi kepada mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Kenapa negeri lain (BN) tak ada JPP, Kelantan dan negeri-negeri PR yang lain pula ada, pemimpin BN guna peruntukan ‘kami’ di Kuala Lumpur, bukannya di Kelantan.

“... tindakan Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet mereka ini boleh memecahbelahkan rakyat kerana cuba menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada Kerajaan Negeri Kelantan,” soalnya lagi ketika berucap pada program Bicara Cinta dan pelancaran buku "Bicara Ini Demi Ilahi" terbitan Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

JPPK adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Unit Penyelaras Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri ditubuhkan pada 1 Januari 1991 bertujuan untuk mengambil alih tugas dan peranan Pejabat Kemajuan Negeri Kelantan sebagai agensi utama menyelaras dan memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan persekutuan di Kelantan.

Selain itu, pengwujudan JPPK adalah bertujuan untuk memastikan kawalan yang rapi ke atas projek-projek persekutuan mulai daripada perancangan hinggalah kepada pengesanan projek diuruskan dengan sempurna.



Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.

Kejayaan Terbesar Tuan Guru Nik Aziz


Nik Aziz
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengakui kejayaan terbesar beliau sepanjang memerintah Kelantan adalah keberhasilannya mengubah minda rakyat negeri itu ke arah "minda Islam."

Nik Aziz berkata demikian pada program Bicara Cinta dan pelancaran buku Bicara Ini Demi Ilahi di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Program Bicara Cinta dianjurkan oleh Sinar Harian.

Menurut beliau, pendekatan Islam yang beliau gunakan dalam mentadbir kerajaan negeri Kelantan banyak membantu ke arah kejayaan itu.

"Baru-baru ini, ada pelajar Singapura dari Universiti  Australia datang bertemu saya, beliau soal saya, apa Tok Guru buat untuk rakyat Kelantan, saya kata saya bawa perubahan minda kepada masyarakat, sebab itu dianjurkan oleh agama kita," katanya.

"... sebab itulah ketika Nabi berhijrah ke Madinah, Baginda di sambut dengan meriah oleh masyarakat Madinah, sebab mereka tahu Nabi membawa kebenaran dan pencerahan ilmu untuk mereka," ujarnya.

Nik Aziz Nik Mat merupakan Menteri Besar Kelantan yang ke-12 dan mula memegang jawatan tersebut sejak tahun 1990.

Di samping itu, ketika menyentuh perihal buku karyanya, beliau menyatakan buku itu banyak menyentuh mengenai erti "cinta".

Katanya, erti cinta sebenar adalah, cinta kepada Ilahi.

"Manusia sering salah erti mengenai ungkapan cinta, erti cinta yang sebenarnya adalah mencintai-Nya melebihi dari segalanya," katanya.

"... hati ini hendaklah dididik mencintai ALLAH, supaya kita selamat dunia akhirat," tambahnya lagi.

Buku Bicara Ini Demi Ilahi diterbitkan oleh Grup Buku Kumpulan Media Karangkraf.

Pada majlis pelancaran buku ini , 400 naskah berjaya dijual.




Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.

Program Bicara Cinta Tuan Guru Nik Aziz


Bicara Cinta Nik Aziz
IKUTI program Bicara Cinta Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat anjuran Sinar Harian yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangraf.


10.45 pagi: Datuk Nik Aziz sudah berada di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf untuk menjayakan program Bicara Cinta Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Bicara Cinta bersama Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru sahaja bermula

Memulakan ucapannya Nik Aziz mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf atas penerbitan buku beliau Bicara Ini Demi Ilahi

Memulakan bicaranya, Nik Aziz berkata dunia ini tidak diciptakan dengan sia-sia

Nik Aziz: "Jelas dunia ini tidak tercipta sendiri, ia diciptakan. Secara ringkasnya ALLAH SWT yang menciptakan-Nya"

Nik Aziz: "Usaha saya sebagai seorang manusia yang sedar ini ciptaan ALLAH, kita mesti terasa bahawa kita ini menumpang..."

Nik Aziz: "... bila kita menumpang kita mesti patuh."

Nik Aziz: "Saya MB tapi saya datang ke Karangkraf ini sebagai penumpang."

Nik Aziz: "Kita mesti Ittakullah - takut kepada ALLAH. Mesti kena ikut segala perintah ALLAH walaupun dalam mengundi..."

Nik Aziz: "Bagaimana kalau kita ada rumah tetapi tak ada kaedah? Tak boleh. Kita mesti ada kaedah yang manusia buat."

Nik Aziz: "Kalau kita ada kaedah di rumah kecil... dalam Islam, agama itu adalah kaedahnya..."

Nik Aziz: "Saya minta kepada rakyat Kelantan, kita negara demokrasi mesti keluar mengundi."

Nik Aziz: "Kerajaan ini dibuat oleh manusia... semua manusia diminta mengundi. Jangan ada paksaan. Jangan ada "paksaan raya"

Nik Aziz: "Kami kerajaan Kelantan, kami tak pernah diberi ruang di radio, TV. Ini bukan demokrasi, ini komunis."

Nik Aziz: "Jangan paksa orang untuk undi mana-mana parti."

Nik Aziz: "Yang paling penting manusia hidup mesti berpegang pada agama. Demokrasi, nasionalisme bukan agama, kita boleh tolak."

Nik Aziz: "Setiap soalan ada jawapannya, hanya satu soalan iaitu ALLAH."

Nik Aziz: "Islam ajar manusia belajar bebas, jati diri."

Nik Aziz: "Bicara Cinta ini demi Ilahi, saya tak boleh cakap banyak. Semalam keluar gambar saya kena usung. Ini kerja orang nasionalis."

Nik Aziz: "Manusia mesti terima peraturan ALLAH. Penyakit Umno rohani."

Nik Aziz: "Tangkap orang ISA senang. Bila keluar jadi calon orang terima. Ertinya bukan bahaya pada orang tapi pada Umno."

Nik Aziz: "Syurga tidak boleh dimasuki oleh orang yang kotor."

Nik Aziz: "Syurga adalah tempat yang bersih. Dalam Islam kita panggil hamba, bukan rakyat, kita hamba ALLAH."

Nik Aziz: "Pemimpin Umno-BN jahat musnahkan taraf manusia kerana paksa rakyat mengundi mereka dalam pilihan raya."

Nik Aziz Persoal kenapa Kelantan saja ada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)

Nik Aziz: "Tapi belanja (peruntukan) dihabiskan BN KL bukan di Kelantan."

Nik Aziz: "PM dan semua menteri Kabinet pecah belahkan rakyat."

Nik Aziz menjawab soalan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan cinta

Kata Nik Aziz: "Cinta satu anugerah... kita terbawa-bawa cinta kepada perkara lain tetapi cinta sebenar adalah kepada ALLAH."

Nik Aziz jelaskan, "jika cinta kepada ALLAH, perlu ikut perintah dan ikut Nabi Muhammad SAW."

Tambah Nik Aziz: "Alhamdulillah, disebabkan Islam ini agama untuk semua, orang Cina pun tidak takut kepada Islam..."




Sila Kongsi Artikel Ini Dengan Kawan2 Anda,Berkongsi Itu Indah!!! Klik Butang Dibawah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...